Fresh from the owner...

14 March 2012

Mari melawat tapak!

once upon a time... once upon a time la sangat. baru-baru ni bawak Kak Ngah pusing-pusing kampung lepas hantar Kak Long ke sekolah. tak ada la pusing ke mana-mana pun. cuma tengok semula tempat yang aku biasa main masa kecik-kecik dulu. memang banyak yang dah berubah sebenarnya. dah tak sama macam apa yang aku pernah lalui masa aku kecik dulu.

kadang-kadang rasa rindu jugak nak tengok apa yang kita pernah ada kan? tapi kena terima hakikat yang zaman berubah. apa yang kita pernah ada akan hilang jugak. generasi sekarang dah tak sama macam generasi dulu. itu hakikatnya yang harus kita telan. macam poyo je ayat.

jom la kita melawat tapak kejap. nak imbas kenangan dulu.

jalan ni dulu bukannya tar. tak ada pun benda alah besi penghadang tu.

kat tempat ni la aku and the geng tangkap 'belut' yang rupa sebenarnya adalah ular. hohoho...

kat sini kerbau banyak. dulu la.

kat tempat ni la aku dok main layang-layang dengan main basikal.

asalnya tak macam ni. tapi last aku tengok dia orang macam korek je paya ni.

dah bersemak. kat sini port tangkap ikan.

semuanya jadik kenangan je.


apa yang ada cuma kenangan. dah tak ada lagi dah tempat yang aku biasa tengok masa aku kecik-kecik dulu. anak-anak sekarang ni pun dah tak main kat sini lagi kecuali time hujan. ikan banyak la. dia orang dok memancing je. kalau time banjir dulu, boleh tengok la air paya yang kalernya hitam pekat. gerun je tengok. kalau air tu naik sampai atas jalan pun ada jugak rasa takut-takut nak lalu. aku memang kureng berkenan dengan air yang kalernya hitam. penuh misteri je aku rasa air tu.

dan kat paya ni jugak banyak lintah. dulu la. sekarang ni tak nampak pulak ada lintah. sebabnya bila aku tengok orang menjaring ikan, selamba je dia orang masuk dalam air yang separas pinggang tu. kalau dulu naik sampan kecik. dah pupus kot lintah-lintah kat sini sebab lembu dengan kerbau pun dah tak main lagi area-area ni. sob... sob... sob...





my foot: kenangan tu meamng tak boleh dibeli. tambahan pulak aku masa kecik boleh tahan la lasaknya. hehehe...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. wah..mengimbas kembali tmpt jatuh lagi di kenang ye..inikan pula tmpat bermain..hehehe..skrg dah maju habis sume tmpt nostalgia kita tu lan..

    ReplyDelete
  2. As salam anisalya,

    Waaaaa berani pegang belut, pegang2 sekali ular... Geli geleman sy dgr! tabik spring toink2 la...hehehe... Segalanya berubah mengikut peredaran waktu... tak sabar nak balik Msia nak tgk ape perubahan yg drastik :)

    ReplyDelete
  3. belut dgn ulat tertukar..haish..ngeri..

    ReplyDelete
  4. elok la x der lintah kot?
    eeeeeeee... gelila :(

    ReplyDelete
  5. mengamit nostalgia lama

    ReplyDelete
  6. Akak!!! Tangkap belut yg sebenarnya ULAR?!! AYarkkkkkkk!! Ngeri kak!!

    ReplyDelete
  7. haaa tgkap ular???.. alahaiii.. so, camne lps tu apa blaku?..

    ingat balik kenangan2 lama mmg best kan kak.. dulu sy pun masa kat kg selalu gak main kat sawah tp skrg semua tempat tu dah jd perumahan...

    ReplyDelete
  8. tmpat main je, tmpat dating tak tunjuk?

    hehehe

    ReplyDelete
  9. Saya suka tengok sekolah rendah.. walaupun dah berubah, tp setiap kali lalu mesti ada perasaan yg sukar nak ditafsirkan.. :D

    ReplyDelete
  10. rindu pada kmpg bila baca entri nie..kenanagan kita kecik2 lebih kurang sama je..:)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign