Fresh from the owner...

18 March 2012

Mari melawat tapak lagi.

satu ketika yang pasti, tempat ni akan aku tinggalkan jugak. bukan tinggalkan selama-lamanya. cuma aku akan balik kadang-kadang je bila ada kelapangan. kata husben, dah tiba masanya untuk kita mulakan hidup sendiri. lima tahun tu dah cukup katanya. 

hidup dekat kampung seronok jugak sebenarnya. tambahan pulak itu tempat kita dibesarkan. husben pernah cakap (masa tu kawan-kawan je lagi), aku akan balik kampung bila aku tension. zaman belajar dulu la. balik sehelai sepinggang je. bawak beg dengan baju sehelai. kadang-kadang tu tak bawak balik baju pun. itu baju yang aku pakai time balik, itu jugak la baju aku pakai time nak balik Shah Alam semula. selamba je kan?

kat kampung tak macam hiruk-pikik kat bandar besar. boleh la jugak dengar bunyi burung. tapi lagi banyak dengar bunyi kenderaan la.

pokok cempedak. sekarang ni berlumba dengan kera pulak. siapa dulu dia dapat buah.

pokok ciku yang merimbun.

buah ciku ni besar. jadik rebutan kera jugak. kalau husben ada boleh la tolong kait dan peram.


kena ambik pic setiap sudut dan rupa bentuk kawasan ni. at least anak-anak tahu dia orang pernah membesar kat sini. pernah mainmain kat sini jugak sama macam ibunya. cuma bezanya, kawasan ni dah banyak jugak berubahnya. apa yang ada dulu dah tak ada lagi sekarang.

nanti sesekali dia orang balik pun, kawasan ni mesti berubah punya la. apa yang dia orang pernah tengok akan datang mungkin dah tak sama macam sekarang. suasana sejuka kat kampung takkan dapat rasa kat bandar-bandar besar kecuali kalau hari hujan. hehehe... 

selamat tinggal kampung halamanku. eceh, macam nak pindah hari ni je kan?! tak ada la hari ni or bulan ni. tapi insyaAllah, tahun ni jugak. kesian kat abah duduk seorang je kat Johor. asal balik je tak ada orang tunggu. demam ke sakit ke, seorang diri je tanggung. kesian la jugak. dengan makan minumnya lagi. dengan anak-anak yang dok tanya abah mana. okay, teknologi dah moden ye. kalau pindah nanti kita ber'skype' la dengan orang-orang kat sini. senang. video call ni tak best sebab gambar kecik je nampak. skype ni boleh tengok ikut skrin 17 inci. ^_^ macam emo la pulak entri ni. thihihihi...






my foot: menaip sambil melihat dan mendengar kicauan burung. nyaman je.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. akak.. sy sk duk umah camgini.. sbb saya dpt bygkan suasana kg tu.. best nya..hihii

    alhamdulillah.. akhirnya tak lama lg, akak akn duk dgn suami... blhlah abah tgk semua perkembangan azfar nanti :-)

    ReplyDelete
  2. seronoknya baca entry ni, memang rasa tenang je

    ReplyDelete
  3. seronoknya bila ada kebun ni...hilang sekejap hiruk pikuk bunyi bising..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign