Fresh from the owner...

01 March 2012

Kunyit ada bunga eh?

hari tu masa encik suami balik, dia ada tengok hasil tanamannya. dia kalau call mesti tanya pasal pokoknya tu. ada orang siram ke tak. aku kadang-kadang memang tak ingat. hahaha... memang selalunya tak ingat la. jadi bila dia sesekali balik, mesti dia jengah pokok-pokoknya tu. 

sampai la satu pagi tu dia tanya aku: "Yang, kunyit ada bunga ke?" aku macam terpinga-pinga jugak la. aku jawab: "Ada ke? Tak tahu la. Tak pernah tengok pun." so, encik suami balas: "Honey tengok kunyit tu ada bunga. Cantik jugak bunganya." kunyit ada bunga ke? kenapa aku tak pernah tengok. hahaha... jakun sekejap ye.

aku mintak encik suami ambilkan gambar tapi dia cakap bunganya tak kembang cantik lagi. nanti la dia ambilkan. tapi sampai dia balik Johor pun dia lupa nak ambil gambar. tapi kemudian dia called mintak aku ambilkan gambar bunga tu. untuk kenangan je. mana la tahu kalau tak berkesempatan nak tengok lagi. boleh gitu? ^_^





cantik kan? subhanallah. ambik dalam keadaan cuaca yang panas terik. seronok tengok sesuatu yang kita tak pernah tengok. ada la jugak tanam kunyit sebelum ni. cuma tak pernah nampak ada bunga. jadi ada la unsur-unsur pelik dan jakun sikit di situ, sila abaikan ye.







my foot: lepas ni, berbuah la pulak hasil tanaman encik suami tu. insyaAllah kalau ada rezeki.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. eh ye laaa...lieya pun tgk dengan tanda tanye yg byk nie....takpenah plak tau ade bunge.....sgt cantikkan....subhanallah!

    ReplyDelete
  2. sy pnh tgk bunga dia.. mmg cantik tp jrg jumpa...

    ReplyDelete
  3. eh eh ada ye... ada la tuu...ssl pon baru tau!

    bagus lah hb rajin mnnm! apa lg tnmn dia yg lain? mn dpt ank2 pokok ye? ssl xcited gak nk tau nih

    ReplyDelete
  4. cantik...ada yg buat ulam bunga kunyit ni...

    ReplyDelete
  5. baru tahu ada bunga..
    ada jugak tanam tapi yang ada serupa hidup segan mati tak mau jer..

    ReplyDelete
  6. mmg cantik.sy pun br first time tgok.nie pun dalam dlm gambar entri nie.hehe..

    ReplyDelete
  7. aah ader.
    kami nyer sellau berbunger, kuning la tapi...
    ader org kater kalo bagi kat org yg ssh nk dpt anak. srh dier wat ulam.
    insyaallah :)

    ReplyDelete
  8. uishhhh baru tau ni sis.. ;D

    ReplyDelete
  9. cantiknya!bunga dia bertingkat2..indah dan uniknya ciptaan Allah swt..

    ReplyDelete
  10. wahh akak pun 1st time nengok sbb tk penah lak yg kat rumah ni berbunga..lengkuas tu ye la bunga lebat..nice sharing :)

    ReplyDelete
  11. LYA SNDIRI X KNL POKOK KUNYIT.. APATAH LAGI BUNGANYA..CANTIKLA

    ReplyDelete
  12. wah, rajin betul en.suami tuan belog bercucuk tanam yer..hihi oh ya, bunga kunyit tuh cantik lah..1st taem tengok..=D

    ReplyDelete
  13. Pokok kunyit ibu YUsuf dah pernah berbunga.. tapi, sob, sob, sob, sekarang macam dah tgu masa nak k.o je.. huhu..

    ReplyDelete
  14. saya baru tau kunyit ada bunga..cantik...:)

    ReplyDelete
  15. 1st time akak tgk bunga kunyit..boleh thn cantik bunganya tu....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign