Fresh from the owner...

10 March 2012

Kudap-kudap kulit popia.


ini bukan blog masakan. tapi kadang-kadang tu saja je nak tepek resepi jugak kan? hehehe... kalau dah namanya pun isteri dan ibu, ada je benda yang kita tak penah buat dan bila buat pulak disukai especially oleh suami dan anak-anak. harus ke skema intronya tu? hehehe...

disebabkan kat rumah ni ada lebihan kulit popia dan masing-masing tak tahu (malas sebenarnya. menunggu bukak mulut nak makan je tau dia orang ni) nak buat apa, jadik aku ambik inisiatif untuk buat kudap-kudap. sambil berblog ke tengok tv ke boleh jugak makan-makan kan? sebelum ni ada buat yang tabur dengan horlicks tu. tapi disebabkan horlicks tak ada, kita pakai gula icing je la. tak ada la manis sangat.

siap ada gunting lagi kat dalam tu.

dah siap kena gunting.


kalau ada lebihan kulit popia or saja-saja nak buat pun boleh juga. sedap ni. kulit popia tu gulungkan je. jangan gulung ketat sangat. bagi la ruang-ruang udara mencelah sikit antara kulit popia tu. kemaskan dengan menggunakan gam buatan sendiri. bukan gam cap gakjah tu ye. hahaha... cara nak buat gam tu tepung gandum dengan air je. jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. seadanya.

dah siap semua tu termasuk gunting kulit popia tadi, boleh la goreng dalam minyak panas. kena tengok-tengokkan jugak. takut terlebih garing, hangus pulak rasanya. toskan dan boleh la tabur gula aising. memang leka la kalau makan kulit popia goreng ni. sedar-sedar dah habis sebalang.

tak ada gambar yang dah siap digoreng sebab dah masuk perut rakyat jelata yang ramai ni. buat dua balang pun habis dalam masa dua hari je. see... betapa banyaknya perut yang harus diisi. ^_^






my foot: rasa macam nak buat la petang ni. ada yang nak join ke?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Tu diaaa... mesti krup krap krup krap mngunyahnya kan? Habis 2 balang, mesti komfom sedap ni.. :D

    ReplyDelete
  2. dulu ai slalu buat .. mmg tgh2 buat tu anak2 dah sedia tggu nk makan...kdg2 tak smpt nk amik gambar pun dia dah abis :((

    ReplyDelete
  3. akak... serius sedap.. saya dah pnh buat.. setabung kecik tu, saya hadap sorg2.. alisha pun tumpang semulut jugaklah sikit..hihii

    ReplyDelete
  4. alaa..ling,tak sempat capture yg dah masak ye..
    huhu..kita sebagai ibu ni harusla bijak menawan selera rakyat jelata kesayangan..kan ling..??

    :)

    ReplyDelete
  5. bisa ku buat nnt. bila tu ek? thanks for sharing kak anis.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign