Fresh from the owner...

18 March 2012

Kancil vs Evo 7 vs Ferrari.



Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya. Pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu-kehilir cuba menahan kereta lain supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun yang berhenti. Tiba-tiba datang lah sebuah kereta Evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Kenapa ni pakcik? Kereta rosak ke?" Tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"A'ha... rosak," jawab pakcik tu simple je.

"Okay... macam ni la. Saya ada tali. Nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol." Mamat ni bagi idea.

"Bagus jugak tu. Tapi nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam ye?"

"Okay pakcik."

Mamat ni pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya diikat di belakang bumper evonye. Dia pun jalanlah dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat ni laju la sikit. Apalagi, pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik.

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo 7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari ni. Lupa la pulak dia dengan kancil orang tua yang diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi high beam bagai nak rak.

Mamat evo 7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup perginya. "Ini dah lebih speed limit ni," kate polis ni. "Cecah 250kmj memasing ni."

 Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju ni.

"OVER...OVER! Ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju. Sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaya punya........Satu kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu. Siap bagi hon dan hi-beam nak potong kereta depan."





my foot: hahaha... kancil yang terbaik ye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. hahahaha... lawak gler.. super kanc....

    ReplyDelete
  2. hahhahhah kelakarlah pulak entry nih..hihii

    ReplyDelete
  3. tak pasal-2 pakcik tu dapat saman juga

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign