Fresh from the owner...

09 March 2012

Kak Long dan hujan.

Kak Long memang suka sangat mandi hujan sebenarnya. pantang hujan sikit mesti nak mandi. kadang-kadang tu saja-saja je buat-buat basah. sampai aku kena call abahnya tanya boleh ke tak anaknya tu mandi hujan. abah lain sikit. ada protokol. macam aku tak ada. hentam saja la. hahaha...

sebab tu banyak perkara melibatkan anak-anak kena tanya abahnya dulu. kebetulan pulak abahnya duduk jauh. jadik memang dia  nak tahu setiap perkembangan dan apa je yang anak-anak dia buat.

Jumaat lepas aku ambil Kak Long dalam keadaan hujan. bukan tak pernah ambik dalam hujan pun. Kak Long pulak bukan jenis suka pakai baju hujan. memang tak nak punya la. dan minggu lepas, Kak Long nak ke kedai. kat sekolah dia tu ada kedai. buka especially time rehat dengan balik. daripada zaman anak-anak buah aku sekolah lagi kat situ, memang kedai tu ada. cuma orang yang jaga je bertukar-tukar.

bila Kak Long kata nak pergi beli aiskrim, aku cakap dengan dia yang dia kena pergi sendiri. sebab aku malas nak ikut. jadik dia pergi sendiri la ke kedai tu dalam hujan. main hujan of course la dia suka kan.

berlari dalam hujan.

pandai tahan kepala daripada hujan.

sedap sangat makan aiskrim time hujan-hujan ni.


jarang jugak dia membeli. tapi aku sparekan jugak duit. mana tahu dia teruja tengok kawan-kawan dia beli, dia nak jugak kan. tapi yang dia akan beli biasanya aiskrim je la. disebabkan Kak Long tak suka guna baju hujan, aku suruh dia duduk belakang. jadik terlindung la dia daripada hujan adanya.

dan yang kelakarnya tu bila aku tanya tak tinggalkan untuk Kak Ngah sikit ke? tau Kak Long cakap dengan tunjuk apa? hahaha... dia kata : "Ni Kak Long ada bawak balik ni." dia bawak balik plastik aiskrim kosong. nak bagi Kak Ngah plastik kosong je? alahai... macam-macam la Kak Long ni!








my foot: alhamdulillah... Kak Long dah ramai kawan kat sekolah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. oh.. comelnya dia.. cute dengan seragam sekolahnya itu.. ;)

    ReplyDelete
  2. kak long skolah agama yer?

    ReplyDelete
  3. hahahhahahahha kasi plastik kosong.....

    ReplyDelete
  4. main hujan mmg best....tp org skrg ni mcmtakut2 nak bg anak2 main hujan sebab hujan skrg ni taksama dgn hujan dulu....tak tau la ni fakta ke auta..hik

    ReplyDelete
  5. oih, sesejuk mkn ais-krim. boleh tahan.

    teringat zaman kat asrama, hujan tanpa kilat petir adalah syurga, hahaaa, mcm kuch-kuch hot tai hai la gamaknya. siap main kejar2 celah ampai lagi. hahaaa.

    ReplyDelete
  6. comel je budak kecik tu brlari dlm hujan...sskali bagilh peluang.....

    ReplyDelete
  7. hujan2 pun makan eskrim kak long ni..

    ReplyDelete
  8. haiiisshh x demam ke..

    ReplyDelete
  9. hahahahaaa... blh plak nk bg k.ngah plastik kosong..hihiii

    alhamdulillah... bguslah.. mesti skrg k.long dh seronok g sek :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign