Fresh from the owner...

30 March 2012

Kak Long cuti lagi.

masih demam. tapi siangnya badan dia tak panas mana. bila malam tu la baru rasa panas betul. mungkin jugak sebab semalam dia kena hujan. tolong inu saudaranya angkat bantal masa hari hujan. aku tengah masak. asalnya dia ke rumah mak saudaranya tu untuk pulangkan duit balance beli barang dapur. my sis tu kan still dalam 'pantang larang' ayah aku. muahaha... 

kebetulan pulak aku nak keluar. jadik dia kirimkan la duit untuk belikan dia barang basah nak masak. balance duit tu la yang aku bagi kat Kak Long untuk dipulangkan semula. kebetulan jugak masa dia hantar duit tu hari nak hujan. memang tak duga pun. tiba-tiba je. jadik dia terus la menolong lepas aku cakap: "Tolong ma angkat bantal." aku pesan dengan dia jugak jangan main hujan sebab dia demam.

tapi dia selamba je balik semula ke rumah dalam keadaan hujan renyai-renyai tu. dalam pada sibuk nak tolong mak saudaranya tu, duit dia pulangkan kat aku semula. tak sempat nak bagi. alahai anak!!!


kalau perasan, dekat bawah mata dia tu ada macam kesan melecet sikit. sebelah kanan. aku tak tahu la dia berjalan macam mana. dia terlanggar bucu meja. melecet la sikit. actually, aku risau kalau bahagian mata yang terkena bucu. takut jadik macam kes abahnya tu je. terhantuk pada tingkap kot, putus urat matanya. dan akibat daripada tu sampai sekarang abahnya tanggung.

Kak Long lepas kena tu datang mengadu kat aku. dia tanya ada darah tak. aku cakap luka sikit je. bila dia menangis, aku cakap mana ada luka. okay je. hahaha... tak percaya dia pergi checked kat cermin. siap cakap aku tipu. ada je luka katanya. kalau cakap luka nanti dia menangis. kalau cakap tak ada apa-apa baru dia okay. tak sangka la pulak dia nak checked kat depan cermin. muahaha... kantoi la pulak.


senyuman budak yang baru nak demam. tapi setakat malam ni pun alhamdulillah dia tak meragam. cuma kejap-kejap bangun bagitahu dia sakit kepala dnegan nak buang air je. lepas tu mintak susu. itu je la. kerap bangun. biasa la kalau budak-budak demam kan? pagi ni sure dia melompat tak hingat punya la. macam dia tu tak demam. tunggu je la.






my foot: abah tak tahu Kak Long demam. malas nak bagitahu sebab abah pun demam jugak. nanti lagi risau. selagi boleh handle, handle je sendiri. boleh gitu?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. comellah kak long ni.... semoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  2. supermom betullah akak nie.sy klu anak dh dedar sikit dh kol en suami ajakpegi klinik.hiks..

    lain kali hati2 jalan ye kaklong,klu parut kan dah rugi seribu duit hantaran tu.haha..cpt sihat ok!

    ReplyDelete
  3. musim skarang..mmg musim demam kan..slagi blum melarat tu..baik dicegah dulu... mesti sakit gak bwh mata dia..try la tuam dgn twel panas

    ReplyDelete
  4. comel la muka dia nih! tak puas tengok..alahai..nasib baik tak kena mata.

    ReplyDelete
  5. cuba amik supplement utk anak2....anak aku pun sama, selalu demam gak, try amik supplement, alhamdulillah, demam gak, tapi dah jarang2 kena.....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign