Fresh from the owner...

17 March 2012

Kaedah Menuju Bahagia - Part 1.



1. Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang kemana-mana.Seterusnya, semua urusan menjadi kacau bilau serta kecemasan dan kedukaan anda akan menjadi lebih banyak. Inilah makna sabda Rasulullah S.A.W: “Bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang hari.Bila engkau berada pada petang hari, janganlah menunggu datangnya waktu pagi.”

2. Lupakan masa lalu dan semua yg pernah terjadi.Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yg telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.

3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah

7. Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.

8. Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.

9. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan buruk.

10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya utk diri anda.





my foot: ada 30 semuanya. untuk motivasi diri sendiri.

sumber daripada FB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign