Fresh from the owner...

07 March 2012

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Khinzir.


Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine' sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi'. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. 

2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. 

3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg. 

4. Boar: Babi liar. 

5. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk: Susu babi.

10.Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg. 

11.Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.


sumber daripada FB






my foot: berhati-hatilah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. ish mmg ngeri now nie..kena bhati2 :(

    tq for sharing dear :)

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang, kena bawa kamus pergi membeli barang dapur. kalau tidak hati-hati padah jadinya. kalau shopping barang dapur, kita selalu beli yg biasa-biasa aja.

    ReplyDelete
  3. NASIB BAIK...TAK MINAT SANGAT BENDA2 CAM TUE...THANKS INFO..

    ReplyDelete
  4. info yg bagus ni... byk betoi istilah dia yer...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign