Fresh from the owner...

13 March 2012

Hujan dan sejuknya sampai ke tulang.



aku suka dengan hujan. aku suka suasana dan bau selepas hujan turun. rasa segar sangat. rasa macam malas nak mandi pun ada. memang sejuknya sampai ke tulang. tambahan kalau kena pulak hujan bulan 12. hujan hampir seminggu. macam duduk kat oversea. mandi pun sekali sehari je. itu pun antara waktu dah mandinya. waktu pertengahan gitu.

kat sini dah dua hari hujan. sejuk. tapi budak-budak ni walaupun hari hujan tetap kena mandi. jumpa air macam tak sejuk langsung. steady je. Azfar siap marah-marah lagi kalau bawak dia keluar daripada bilik air. aku yang kena air ni pun dah segan-segan nak pegang air lagi. dia relax je. melompat bagai. kebal betul kulitnya.

Kak Long dnegan Kak Ngah pun sama. tak ada pulak kata sejuk walhal aku yang nak mandikan dia orang pun rasa kesian. rasa macam nak bagi mandi air panas je. tapi selagi dia orang tak mintak, aku tak buat. tengok okay je, go on je la dengan air sejuk.

time hujan la waktu paling sedap untuk tidur. nyaman je kan? kalau onkan kipas, terlebih sejuk la pulak. aku la. kalau Azfar tak boleh panas sikit. dia cepat berpeluh. jadiknya kipas aku on jugak. dan kemudian selimut sampai ke kepala. pergh... best betul?! sekarang ni Azfar dah menunjukkan tanda-tanda orang mengantuk akibat kesejukkan dan tidur terganggu petang tadi. kejap lagi kita tidur ye dik.





my foot: bercerita tentang hujan pun buat mood aku tenang je. aku suka hujan. kamu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. sama la dgn bdk2 ni... takut nk mndi air pns rela mndi air sjuk wlaupon hujan

    ssl pon suka layan hujan asalkn takde kilat n ptir guruh sgala

    ReplyDelete
  2. Assalam...
    Best hujan tapi saya tak boleh kena hujan, mesti pening kepala..
    anak dan hubby memang suka mandi air hujan tapi kat Perak ni kalau ada kilat memang tak berani, bahaya sgt2.

    ReplyDelete
  3. hujan membuatkan jijah tidoo n susah nak bangun..ekeke :p memang syok giler.

    ReplyDelete
  4. a'aa betoi tu kak.. mmg best tidur time hujan.. siap tarik selimut..hihii

    ReplyDelete
  5. cerita pasal hujan teringat masa kecik2 dulu..best jer mandi hujan..tp skrg tak berani nk kasi anak2 main hujan..bahaya kan tak mcm dulu2..kdg2 anak pun teringin gak katanya...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign