Fresh from the owner...

10 March 2012

Dah ada yang baru.

penarik zip tu dah tercabut.


ini beg sekolah Kak Long untuk awal tahun ni. my MIL yang belikan last year masa dia ikut the family pergi Johor dengan meninggalkan aku, Kak Ngah dan Azfar kat rumah. ini pilihan Kak Long sendiri. beg ni okay. cuma zipnya la yang tak tahan lama. tahu je la budak seusia dia. memang ganas jugak bab menarik-narik zip ni.

mula-mula cuma zip bahagian depan sekali tu tercabut. lepas tu bahagian kedua. last sekali zip utama pun tercabut jugak. memang tak boleh nak guna la kan. nak letak buku boleh tapi nak tutupnya tak dapat la. jadik dua hari pertama dia ke sekolah, dia tak nak bawak beg sebab beg tu tak cantik. balik sekolah dia cakap cikgu suruh bawak beg. senang nak isi apa-apa dalam beg.

seminggu jugak dia pinjam beg sepupunya. beg kecik sebab sepupu dia tu bawak beg kecik tu time exam je. lepas cakap dengan abah, abah kata beli baru la satu. tapi pilihan Kak Long nak yang macam beg sepupunya tu. adoii la... beg tu sepupunya beli melalui katalog. kalau nak beli kena tunggu dua minggu baru dapat. tapi Kak Long kalau pandai pujuk okay je.

aku bawak dia ke kedai untuk dia pilih sendiri beg sekolah macam mana yang dia nak nak. dalam banyak-banyak pilihan tu, ini jugak yang dia pilih:-

tetap dengan Ben 10.

yang ini Kak Ngah punya.


kalau Kak Long ada, Kak Ngah pun nak juga. orang lain nak pergi sekolah, dia pun sama juga nak pergi sekolah. tapi yang Kak Ngah punya biasa-biasa je. dia pilih sendiri jugak. citarasa anak-anak yang dah besar ni buat kita rindu je dengan dia orang masa time kecik-kecik. baju pun kita yang pilih. sekarang ni jangan harap sangatlah. kalau berkenan pada mata mak bonda ni belum tentu berkenan pada mata dia orang. huhuhu...








my foot: baju budak lelaki jugak la yang senang nak pilih. itu je la fesyen dia orang. aiiik... daripada cerita beg pergi cerita perihal baju pulak. hikhikhik...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. sekarang memang zaman ben10 agaknya kan. rata2 tengok sepupu jannah semua ber-ben10 bagai. hehe

    salam singgaah :)

    ReplyDelete
  2. wow kak long, ben 10. kak ngah ladies sikit warna pink. hihiii. waiting for azfar turn pula.

    ReplyDelete
  3. peminat ben 10 rupanya kak long ya..

    ReplyDelete
  4. Citarasa anak skang mmg class

    ReplyDelete
  5. hihii kak long minat ben 10 ek.. :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign