Fresh from the owner...

01 March 2012

CIMB Clicks dan Miss Oto.

semalam dapat called daripada courier. dia bertanyakan aku, ni betul ke nama ni dan duduk kat alamat ni. aku cakap ye la. dia kata ada parcel daripada CIMB. masa tu dalam hati aku ni terdetik la jugak: "Betul ke yang aku dengar dia sebut CIMB? Kenapa pulak CIMB hantar parcel?" tapi sebab tak sure dia sebut tu betul ke tak, aku iyakan saja la.

driver van tu called nak bagitahu yang dia tak masuk dah area rumah aku tu. so, dia mintak aku datang ambik barang tu kat kedai. alahai... senang je kerja kau ye encik driver. kalau macam tu next time cakap je dengan pihak pengurusan: "Penghantaran jangan buat sampai ke rumah la sebab saya malas nak hantar." eh... eh... terlebih emosi pulak. emosi la jugak sebab masa tu dah tengahari. time nak main masak-masak. bukan nak kena ambil barang.

tapi aku pergi jugak la kejap. ambik barang je. jadik tak ambik masa lama mana. asalnya malas nak keluar. tu yang macam banyak songeh sikit tu. hehehe... dah dapat barang, aku tengok daripada siapa. memang daripada CIMB Clicks. menang apa pulak aku ni?

ini suratnya. Click n Win Campaign.


dan ini pulak apa yang aku dapat:-

Miss Oto dalam plastik.

merah kaler Miss Oto ni.

tu dia.. jelas tertulis CIMB Clicks.

aku mula-mula tak tahu sebab apa aku menang. tapi bila fikir-fikir semula baru teringat. hari sabtu lepas aku ada bayar bil air guna CIMB Clicks. first time guna dan bayar bil pun tak sampai RM10. alih-alih nak dijadikan rezeki, menang la Cik Octo ni. my kids call it Oto. hehehe...

terima kasih ye CIMB. next time boleh pilih saya lagi as one of the winners.







my foot: nampak kecik je tapi seronok jugak dapat hadiah yang tak terjangka ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. sapa2 pun suka kalau dapat hadiah kan, lagi2 kalau kita tak sangka..

    ReplyDelete
  2. wah, dpt gift, sonoknyer...

    ReplyDelete
  3. WAH KAK SAL.. INI REZEKI NI KAK SAL..best ni..hihiii

    ReplyDelete
  4. bestnya! akak guna CIMB clicks gak bayar bil naper tak dapat?? takde ongg la ..

    ReplyDelete
  5. beshnya dapat octo ni. saya mngidam nak benda ni dari dulu sampai sekarang tak dapat dapat. mmg ada byr bil thru cimbclicks pun..sedih sedih..

    ReplyDelete
  6. wah..seronoknya dapat gift..ema tiap-tiap bulan pk cimb clicks utk bayar segala hutang..

    ReplyDelete
  7. rezeki yg tak terjangka,comel plak tu..tahniah!

    ReplyDelete
  8. comelnya miss oto ni..kalop sy jd hiasan meja opis sudah..hehe

    ReplyDelete
  9. so cute!!!!bestnya tiba2 dpt hadiah...TAHNIAH!!!

    ReplyDelete
  10. hey www.salya07.com admin discovered your site via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found website which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer most cost effective backlinks Take care. Jason

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign