Fresh from the owner...

23 March 2012

Buaian tradisional.


aktiviti anak-anak waktu petang. suka main buai ni. kadang-kadang tu sampai bergaduh-gaduh sebab berebutkan buai yang satu ni la. yang satu lagi tu dah pecah bawahnya. tak best la nak main. buai ni ayah aku yang buatkan. gantung dekat dahan pokok rambutan. 

dulu-dulu ada jugak buai yang guna kayu sekeping tu. tapi salah satu dahan pokok rambutan tu dah patah. last-last guna la bebola ni je. itu pun dah cukup buat budak-budak ni happy. kalau time aku la, petang petang je lesap. main rounders la, galah panjang, lompat katak, rejam selipar, baling tin. pergh... aktiviti penuh je! sampai kena sebat kalau balik dah petang sangat. ngeee...

aku tengok anak-anak buah aku cuma main rejam selipar. itu pun susah nak tengok. lompat katak tu kadang-kadang. rounders ada la sekali dua. tapi yang kelakar tu, main sorok-sorok pun dalam rumah. adoiii la... boleh main dalam rumah. nak menyorok pun orang lain dah tahu tempatnya. reason dia orang main dalam rumah, seang nak cari. hahaha... baik tak payah main sorok-sorok kalau senang nak carik. apa la.






my foot: tengah buat banner dan tengha revise hadiah untuk GA next week. tunggu!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Tersingkap nostalgia lama tgk buai tu..

    ps: Kita panggil baling selipar.. :D

    ReplyDelete
  2. beshnya imbas memori zaman kanak2 dulu kan kak.. sy pun suka buai tradisional camnih.. jimat kos x payah beli.. ekekeke..

    ReplyDelete
  3. tgk buaian cam ni.teringat zaman bebudak dulu...hheheh..cantik laa blog ni..design sendiri ker?suka pic cendawan tu..hehe

    ReplyDelete
  4. mmg sgt2 tradisional..

    ReplyDelete
  5. sy rasa mcm sgt best lah kawasan umah akak ni... sy mmg berkenanan betoi suasana kg camni..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign