Fresh from the owner...

13 March 2012

Bijak! Bijak!

Kak Ngah memang suka makan. makan. makan. dan makan lagi. aku rasa kalau dia ke dapur je mesti dia nak makan. hahaha... susu dia minum juga tapi makan tetap makan. kadang-kadang tu (selalunya la), lepas makan nasi kalau dia nampak orang makan roti ke mesti dia nak. kalau ada mihun pun dia nak jugak walhal dia baru lepas makan nasi. boleh makan banyak gitu?

masa baru discaj last month, selera makannya kurang. ada masanya tak makan langsung. sama macam Azfar. tapi sekarang ni alhamdulillah, dah okay. almost setiap pagi mesti sediakan dia nasi. tak kira la nasi apa pun as long as ada nasi. kalau tak nanti, tengah nak masak tengahari, dia mintak nasi. pening kejap kepala. biasa jugak macam tu. perut Kak Ngah ruangnya besar. jadik kena selalu diisi.

makan jemput pisang time ni.

selesakan kedudukan.


nampak ada kerusi bulat hijau yang Kak Ngah duduk tu? time ni aku tengah goreng jemput pisang. breakfast. dia la dok sibuk ikut aku ke dapur nak makan. harus la kan. makan dan makan dan makan lagi. tapi kerusi yang hijau besar tu kalau dia duduk kepalanya sama aras dengan meja makan.

masa aku tengah menggoreng tu, aku nampak dia turun daripada kerusi hijau besar tu untuk ambik kerusi bulat hijau tu. ingatkan dia nak letak kat sink untuk basuh tangan.  tapi tak sangka pulak, dia ambik bulat tu dan letak atas kerusi hijau besar. jadi kalau dia duduk, memang tinggi la dia jadinya. dan memudahkan dia nak makan.

dalam hati ni dok kata: "Pandai jugak cari solution." hahaha... lepas tu dia makan dengan aman tanpa ada yang ganggu dan dia pun tak ganggu orang lain. makan dengan happynya. adoiii la... Kak Ngah! Kak Ngah!






my foot: perkembangan yang bagus kan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. hihii.. pandai kakngah ni cari jlmn penyelesaian yer :-)

    ReplyDelete
  2. baguss dan bijaklah kak ngah ni... :)

    ReplyDelete
  3. Dia tgh berselera, jgn dihalang...yg penting makanan sihatkan;)

    ReplyDelete
  4. a'ah la..pndainya kakngah cr jalan penyelesaian...akak kasi dia minum susu apa? hihi

    ReplyDelete
  5. bagus la kak ngah brselera mkn...w.pn makan byk ttp badn maintain comel....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign