Fresh from the owner...

16 March 2012

Balas jasa ibu.

pic dan sumber berita: metro online


kisah ibu tua yang ditinggalkan di hotel bajet yang disiarkan akhbar yang sama mengundang pelbagai reaksi negatif kepada si anak tanpa ada yang mahu ambil tahu kenapa si anak melakukan hal sedemikian rupa. persepsi masyarakat kita sebenarnya tak pernah berubah. apa yang dilaporkan akhbar itu yang kita terima bulat-bulat tanpa mahu memikirkan kenapa terjadinya hal itu. pemikiran kita cepat sangat negatifnya. betul kan?

kisah Amir si anak yang meninggalkan ibunya itu sudah berubah kini. segala persepsi buruk terhadapnya juga berubah. alahai Amir... entah berapa guni la kata-kata yang tidak baik dilemparkan kepada kamu. aku pada awalnya jugak tak terkecuali tapi kemudiannya baru berfikir. menuduh dia tanpa bukti tak boleh juga. minta maaf Amir!!!

hari ini Amir sudah dapat kerja baru. dapat kereta dan jugak rumah yang sewanya sudah dibayar untuk tempoh setahun oleh majikan barunya. semoga niat Amir mengambil ibunya dari kampung dengan niat untuk menjaganya mendapat balasan setimpal. semoga tabah hendaknya Amir mengharungi hidup yang penuh pancaroba ni. alahai... ayat skema betul!!!

berita tentang itu boleh baca di sini.





my foot: mengambil iktibar agar jangan cepat buruk sangka pada orang lain.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. harap-harap dia betul2 jaga mak dia kali ni.

    ReplyDelete
  2. hmmm...klu datuk tu x tlg?..klu jbtan kebajikan x temukan amir dan maknya? Mst dia tggal aje terus... Hope that amir pasni sedar dan insaf..

    ReplyDelete
  3. rezeki amir. ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  4. sy harap dia dapat jaga maknya dgn baik... emmm dia dah kawen ke blm ek.. kalu dah kawen bg is3 tu jaga mak dia.. bkn apa, jika dia g keje, tggal mk sorg2 kat umah.. lg susah hati kan..`.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign