Fresh from the owner...

05 March 2012

Azfar dan Miss Oto.

hari Khamis lepas aku ada cerita yang aku dapat Miss Oto daripada CIMB. bila balik daripada ambik Miss Oto tu, Kak Ngah la yang paling excited. sibuk tanya apa tu. anak-anak ni aku dah tahu sangat dah perangainya. masa mula-mula dapat benda je dia orang excited lebih. lepas tu tak ada lagi dah nak dilayannya benda alah tu. macam Miss Oto ni la.

aku cakap kat Kak Ngah Miss Oto tu Azfar yang punya. hehehe... Kak Long dengan Kak Ngah dah banyak mainan. bear saja ada tiga hingga empat. ada yang MIL bagi. ada yang dapat during birthday dan ada jugak yang mak saudara dia orang bagi sebab dah tak nak simpan lagi dah bear-bear tu. dia orang ni main kejap je. tapi selalunya kalau dia orang main 'mak-mak' mesti nak kena ada bear. si bear tu jadik anak la. ngeee...

Azfar dengan Miss Oto ni pun kejap je linknya. lepas tu dia campak keluar Cik Octopus tu. kesian dia. baru je sampai rumah baru dah kena campak-campak. bila aku ambil dan simpan dalam bilik, kejap lagi ada la tukang ambil dan campak kat luar pulak. adoiii la!!! hangin kejap rasanya.

Azfar nak tidur ni. Miss Oto temankan.

time ni okay lagi main.


Azfar main 10 minit je. lepas tu dia campak keluar daripada buai. ambik dan bagi semula kat dia pun sama jugak. dia campak lagi. hahaha... mesti dia akat: "Apa la bagi anak patung. Aku ni budak lelaki. Mana main anak patung." muahaha... ala, nak suruh leka je. tapi azfar bukan berkenan pun. 

apa benda yang dia tak suka, dia akan campak keluar daripada buai ye. kalau okay je pada dia, dia akan tidur dengan benda alah tu. antaranya penutup botol susu, mainan doktor-doktor Kak Long Kak Ngah. remote astro pun boleh ye.

sekarang ni Azfar tidur sekejap sangat. pagi setengah jam. tengahari setengah jam. petang lepas mandi lama sikit la dalam sejam. malam baru la tidur lama. kalau ikutkan, tidur buai lama. tapi sejak keluar PICU, macam tu la rutin tidurnya. selera makan dia pun baru okay dua tiga hari ni. kalau tak, dia kureng makan. tapi as long as dia sihat, itu dah cukup baik. alhamdulillah.









my foot: Azfar dah ada hobi baru sekarang. nanti cerita ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. biasalah budak kan dengan mainan memang tak lama..hehe

    ReplyDelete
  2. Miss Oto!!
    Comelnya..
    Hik3!!!
    Ni kalau nampak dek Aqil ni nayer kak..
    Skrg ni dia nak berebut brg org jer..
    Dia duk ingat semua tu dia punya..
    Adoi!! Tension kak oiii..

    ReplyDelete
  3. hahaaa azfar xsk oto la mama... azfar nak otomen..hihii

    ReplyDelete
  4. iskhh, bilalah sy dpt OTO tu,asyik missed jek...

    ReplyDelete
  5. ooo dak ni tido buai ye. azfar gebu yg comel best apa peluk bear2 tu. hahaaa. kalau aie nak lena, dia akan hisap jari manis dan jari tengah tgn kanan sambil meniarap. walaupun baru lepas menyusu.

    ReplyDelete
  6. oto warne pink hahaha.. comeyy jer azfar peluk untuk tdo..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign