Fresh from the owner...

05 March 2012

Awak dengan siapa tu tadi?



cerita ni my sis sampaikan pagi tadi masa tengah breakfast. nak taip malam-malam, seram la pulak. hahaha... semalam my other sis yang dalam pantang tu tinggal dengan baby dia je kat rumah. husband dengan anak-anak yang lain ikut the father pergi family day. disebabkan dia dengan baby je yang ada kat rumah, my elder sis ni nak pergi jenguk la. 

time tu baru lepas azan Maghrib. my elder sis ni keluar la daripada rumah sebab rumah my sis yang dalam pantang ni dekat je dengan rumah my dad. dalam perjalanan nak ke sana tu, my elder sis ni sempat la menyinggah alihkan basikal yang budak-budak ni main dan biarkan macam tu je. betulkan kayu jugak. letak setempat la. tak ada la yang langgar kayu tu nanti.

dalam pada tu my sis yang dalam pantang ni jenguk keluar rumah. panggil my elder sis datang rumah dia la. bila dah sampai kat rumah tu, my sis yang dalam pantang ni cakap la: "Tadi nampak ada budak dengan Ngah." my elder sis yang dengar ni meremang la bulu romanya sebab dia memang keluar seorang diri je. mana ada anak-anak ikut. huhuhu... habis tu siapa yang ikut dia tadi?

actually ni bukan first case. masa my niece umurnya dalam dua tahun macam tu la, dia pernah cakap dengan aku: "Siapa budak tu?" masa tu Maghrib jugak. pintu dapur tak tutup lagi sebab ada orang yang belum sampai kat rumah. masa dia tanya tu, aku rasa jugak tak sedap hati sebab dia siap berlari keluar nak tengok siapa yang lalu depan pintu dapur tu. tapi aku tahan. tak bagi dia keluar. bahaya. kalau keluar jumpa tak apa lagi. kalau tak jumpa macam mana?

dan my niece ni jugak la yang pernah tanya semua orang yang ada kat ruang tamu dapur: "Siapa duduk atas tu?" atas alang dapur okay. masa tu tak ada orang pun nampak apa-apa. tapi dia siap tunjuk dan tanya lagi. dan malam semalam jugak around 9 something, my BIL dengar orang ketuk-ketuk pintu dapur. padahal masa tu mana ada orang keluar lagi dah. nak main-main pulak 'dia' kot. dah lama sangat tak main-main dengan orang ni.









my foot: kawasan rumah my dad ni tepi sebelah kiri asalnya hutan. belakang rumah pun hutan sebelum dia orang jadikan taman perumahan. dan berhadapan dengan rumah still hutan. masa zaman aku sekolah menengah, biasa jugak dengar macam-macam. seram der!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Seram jugak. Mesti ada org bunian tumpang tinggal kat umah tu.

    ReplyDelete
  2. Macam area umah YM kat kampung gak..ekeke.Slalu je adik-beradik ngan parents kene ganggu.Bende lah tu nak memain la tuh kan?
    Alhmdulillah, setakat ni YM tak penah experience lagi.
    syukur.eeeii!takut gak!

    ReplyDelete
  3. Alahaiii.. saya yg baca ni pun seram...

    ReplyDelete
  4. hmmmm, dh lamer rasernyer bdk tuh dok c2...
    so biarkan jerk la, asalkan dier x kaco bb... muncul sesekali jerk

    ReplyDelete
  5. kak sal, kak long sakit apa yer sbnarnya dulu?

    ReplyDelete
  6. alamakkk seramm dik
    dulu kalau kita zaman kecik2 memang mak ayah x bagi kuar bila magrib2 kan .. bila anak2 kecik tunjukk yg bukan2 nie memang seram lah huhuh

    ReplyDelete
  7. tegak bulu roma kita baca ni kak. depan rumah kita kubur.huaaaa.

    ReplyDelete
  8. eca yg baca pun seram je....better buat kenduri doa selamat..semoga dijauhkan dri perkara2 mcm ne..takut nnti diganggu pula yer.

    ReplyDelete
  9. misteri nusantara tu...seram!!!!

    ReplyDelete
  10. dulu kt umah kpg pun ada 'makhluk' mendiami pokok jejawi besar kt belakang....tp skrg pokok dh tebang...ntah mana 'makhluk2' tu pindah...huhu

    ReplyDelete
  11. uii seram.benda macam nie kt mana2 pun ada.bykkan baca yasin dan Al-Quran Insyaallah benda nie hilang dr pandangan..

    nasib gak tak kaco baby..Nauzubillah..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign