Fresh from the owner...

28 March 2012

Asrama burung. Burung pun duduk dalam asrama ek?!

senget pulak gambar. captured sambil bawak motor.


tempat ni anak-anak aku panggil asrama burung. rumah yang dibina khas untuk burung walit tu. kat kampung aku ni banyak dah orang bina rumah-rumah macm ni. kalau dulu tak boleh dengar dia orang pasang speaker untuk panggil burung tu. tapi sekarang ni dah boleh dengar. setiap hari, setiap saat. ada jugak orang persendirian yang panggil burung ni kat rumah dia orang je. penangan burung walit kan?

kenapa anak-anak aku panggil asrama? asalnya, last year punya cerita. on the way balik daripada Johor ke Pahang. budak 2 beradik tu kalau tak tidur, ada je la aktiviti semasanya. kejap nak duduk depan. kejap nak duduk belakang. dan abahnya pulak jenis tak boleh ada gangguan time driving. especially kalau dah terlebih daripada waktu yang ditetapkan. contohnya kalau patut gerak dari rumah pukul 3 tapi terlajak sampai pukul 5 baru boleh gerak, husben tak boleh. timing dia dah lari. banyak benda yang tak jadik nanti. 

aku pulak jenis tak kisah. bising la dalam kereta pun, alhamdulillah... okay je lagi. hehehe... berbeza kan? jadik sepanjang jalan tu cakap la dengan dia orang, siapa yang duduk diam nanti boleh tengok asrama burung. hahaha... burung mana ada asrama. itu kata si bijak pandai, Kak Long. aku cakap la ada. tempat dia orang tidur semuanya kat asrama tu la. dia ajak tengok tapi aku cakap tak boleh sebab asrama dia ada penjaga. nanti penjaga dia marah masuk tanpa izin. okay, boleh terima.

kalau kat kampung ni ada anjing yang jaga rumah-rumah burung ni. kadnag-kadang Kak Long ajak masuk jugak nak tengok burung dan asramanya tu tapi aku cakap nanti anjing tu kejar. bahaya sebab anjing tu yang jaga burung-burung tu. dia cakap, tak apa la. berhenti kat tepi je. nanti bila anjing tu nak kejar baru kita lari. hahaha... bijak! bijak! tu nak main-mainkan anjing tu. apa la Kak Long ni.






my foot: teringat masa zaman aku kecik-kecik dulu pergi jogging dengan kawan-kawan pukul 7 pagi. sejuk betul. siap ada kabus lagi. tak sampai suku jalan pun, kena kejar dengan anjing. mencicit la lari. siap panjat pagar jiran lagi. bengong punya anjing. muahaha...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. kat kampung saya sekarang pun banyak org bele burung dalam 'asrama burung' mcm ni.. kg dah tak rasa mcm kg bnyk sgt kemajuan... dgn kilang²

    ReplyDelete
  2. Ina pun memula tu x tau ni Asrama Burung..
    Hik3!!!
    Macam2 kan.. ;)

    ReplyDelete
  3. ehh..popular da kan burung walit ne kak...abang eca ari tu ajak parents usaha kan ne..ntah dpt untung byk katanya...bapa suh dia gi ikut kursus dlu..tpi smpai skrg xde2 bunyi lagi :D

    ReplyDelete
  4. skrg ni ada byk bgnn ni, terutama kat area pantai. tapi kita pun tak pnh tgk terang2an. just tgk drpd jln raya je la.

    ReplyDelete
  5. burung walit ni mmg pemes kan...untung business burung ni.. :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign