Fresh from the owner...

02 March 2012

Alya dan ragam pagi.


Kak Long sepanjang minggu ni meragam sikit. tak nak pergi sekolah. tak tahu sebab apa. mood swing kot. tapi sekarang ni alhamdulillah... dia dah kenal dengan kawan-kawan dia. sebabnya tiap kali ambil dia kat sekolah, dia mesti jerit nama kawan-kawannya tu. Jamilah, Syifa, Aisyah. itu antara nama yang aku pernah dengar la.

yang paling best, ada cucu saudara my BIL kat kelas dia tu. tapi tua setahun la daripada dia. hari tu, anak saudara my BIL ni datang rumah. aku tengok dia dok pandang-pandang budak tu. aku tahu dia orang sekelas. aku tanya Kak Long siapa nama budak tu. Kak Long kata Haris Ikhwan. lepas tu mak Haris tu tanya anaknya tahu tak nama Kak Long. Haris tu kata Alya. hahaha... memang Alya je la yang orang tahu sebab nama Kak Long panjang sikit. lepas 15 minit, melompat bermain sakan dia orang. budak-budak. kejap je 'panas'nya. 

semalam masa ambil Kak Long, muka dia masam je. macam ada benda yang tak kena. dia kata kawan dia Syifa (dia tunjuk la budak tu yang mana satu), merajuk ke pukul dia. aku dah tak ingat. aku tanya kenapa dia pukul Kak Long? Kak Long kata dia marah  budak tu. aku tanya kenapa? entah apa jawapan Kak Long aku pun tak sure sebab dia dok berleter je.

"Kalau Kak Long marah dia, marah la Kak Long balik. Ni nak merajuk buat apa. Aisyah... bla... bla... bla... " dia dok berleter sepanjang naik motor daripada sekolah sampai ke rumah. adoiii la... kelakar la pulak! macam orang tua mulutnya. hahaha... agaknya ni la salah satu sebab kenapa dia meragam tak nak pergi sekolah kot.

macam ustazah.









my foot: tapi kalau hari jumaat dia okay sikit sebab jumaat boleh balik awal sejam setengah daripada biasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. hihiii bkn main lg kaklong yer. cam mak nenek berleter..hihii

    kak long ni ms zaman besar alisha, dia kuat menyembang jugak ke?

    ReplyDelete
  2. hehe..membebel dia macam org tua ek? tapi geramla tengok kak long..cumelll!!

    ReplyDelete
  3. cerdik kak long ini...

    ReplyDelete
  4. haha kekadang dgr budak kecik membebel ni seronok..hati pun terhibur..hehe

    ReplyDelete
  5. bakal ustazah rock tu...hehe
    maintain cute je dia kan...

    ReplyDelete
  6. better inform pd guru klas, risau plak nnti dia t.de mood nk ke skolah. biar cikgu buat sesi bslmn + bmaafan

    ReplyDelete
  7. Teringat zaman sekolah dulu... Sy pun kuat berleter jugak...ni mak yg ckp...hehehe ;p

    Kak long, belajar rajin ye... :)

    ReplyDelete
  8. comel-comel. dah macam mak dia suka berleter. rasanya esok2 auni sekolah mesti kuat berleter macam mak dia. skrg pun dia punya cerita drpd rmh pengasuh sampai ke rumah sendiri. mak ni tak la faham sgt sbb dah terlalu letih.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign