Fresh from the owner...

24 March 2012

Ada seekor anak tupai...



tiap-tiap pagi kalau bukak tingkap bilik mesti nampak pandangan semulajadi ni. bukan bukak tingkap nampak bangunan lain ye. hehehe... kebetulan pagi yang aku snapped pic ni ada dua ekor tupai dok melompat sana-sini. bergumbira sakan tupai-tupai ni.

dan kebiasaannya jugak ada burung-burung dok main kat sekitar pokok jambu golok tu. memang suasana yang meriah dan mendamaikan hati dan perasaan. aku tunjuk dekat anak-anak, tupai yang melompat dari dahan ke dahan tu. anak-anak pun sama excited. bukan tak pernah tengok. tapi tak sedekat yang di atas ni. memang betul-betul depan tingkap bilik.

jadi pasal tupai pun nak cerita ke? hahaha... ini kenangan. kalau bandar besar nak tengok tupai kena pergi zoo. yang terlepas tu kira bernasib baik la. entah kat mana la dia orang nak carik makan agaknya. cuma terfikir la. hutan-hutan sekarang ni kena tarah je. nak buat projek itu la, ini la. sampai satu ketika, ke mana haiwan-haiwan ni semua nak lari?

nak cari makanan kat mana? kita marah kalau haiwan ni datang dan masuk dalam kawasan rumah kita. tapi yang kita buat? dok rosakkan dan hapuskan tempat tinggal dia orang. kesian jugak sebab kat area kampung aku ni hutan-hutan dah tak berapa nak serupa hutan dah sebab ada je kawasan yang dibersihkan untuk bina rumah bla... bla... bla... masa kita nak buat semua tu, ada ke kita fikirkan nasib haiwan-haiwan ni? hmmm...






my foot: aku pernah komen kat status seorang kawan pasal zaman sekarang ni dengan zaman aku dulu jauh sangat berbeza. tapi seorang lagi komen menghentam aku la. katanya, yang dulu tu kenangan. sekarang ni kenyataan. aku tahu la tu. cuma nak cakap banyak benda yang dah tak sama. kalau dulu selamat. sekarang tidak. geram jugak sebab komennya tu macam main sebat je.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. akak..tupai ne xmasuk ruma eh?xkaco?

    ReplyDelete
  2. entah2 kalu alisha tgk pun mesti xcited..hihii

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign