Fresh from the owner...

07 March 2012

Ada apa dengan dahi saya.


Mama Ema tanya kenapa dengan dahi Azfar tu ye? itu kapur sebenarnya. petua daripada MIL. kalau kena gigit nyamuk, letak kapur. nanti tak ada la berbekas kesan nyamuk gigit tu. lagi satu, lepas letak kapur kat bintat yang nyamuk gigit tu, insyaAllah... tak ada la anak-anak ni dok bising-bising kata gatal sebab kapur kan ke panas.

setakat ni buat okay je lagi. tapi tak tahu la pulak dengan orang lain. yang ni kesan nyamuk gigit ada dua. terletak lebih sikit la pulak kapurnya. tu yang nampak putih je kat dahi. hehehe... mengingatkan aku jugak tentang pertanyaan doktor masa Azfar kat dalam ICU. at first aku tak ambik perhatian sangat sampai la aku balik rumah. baru terfikir tentang pertanyaan doktor tu.

masa kejadian dok sibuk fikir pasal anak-anak je. tak ada masa nak fikir pasal apa yang doc tu cakap. lantak dia la nak cakap apa pun. masa tu la. bila dah balik baru la terasa mengapa tak di'jawab' je doc tu. ciss...!!! doc tu tanya aku letak apa kat dahi Azfar tu. ada apa-apa ke? masa tu aku jawab je la kapur untuk elakkan gigitan nyamuk tu bagi kesan.

bila kenang-kenang, teringat pulak la intonasi doc tu. macam aku letak kapur tu untuk elak sawan ke apa la. macam orang pakaikan anak-anak benang hitam kat tangan tu. macam tu la maksud doc tu. apa la doc ni. tak boleh tengok benda pelik sikit ke? habis tu tak boleh ada rawatan alternatif lain la kalau macam tu? kalau rawatan memerlukan guna kapur, tak boleh guna la. kena bergantung pada yang moden je. nasib baik la aku tak terfikir masa tu tentang pertanyaan doc tu. kalau tak, saja je. hahaha...









my foot: tiba-tiba je beremosi kan? huhuhu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. BIASANYA KALAU GIGIT NYAMUK MEMANG LETAK KAPOR...TAK LA BUDAK GATAL...HIHIHI DOKTOR TUE TAK TAHU KOT PETUA ORANG DULU-DULU...

    ReplyDelete
  2. a'aa betoi tu.. dulu opah sy selalu letak kapur kat tmpat nyamuk gigit saya.. kulit sy jenis sensitif...adoii

    ReplyDelete
  3. ooooooo kena gigit nyamukkk
    kalau akak taruk minyak yuyi .. kapur dah lama x amalkan sbb dah payah nak dpt ;)

    ReplyDelete
  4. ooooo baru tauu ni... :)

    ReplyDelete
  5. org dulu2 mmg byk petua..trkdg mmg baik utk diguna pakai..mrk tu byk pengalaman.

    ReplyDelete
  6. petua yg begitu pun doc salah erti ye..maafkanlah doc tu, beliau tak tahu.kihkih..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign