Fresh from the owner...

08 March 2012

10 daripada 20 perkara yang berubah...



Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur.” Betul kan? 

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi.

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat. ;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo.

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.







my foot: betul ke tak setakat yang 10 ni je?


sumber: FB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. So far it's really true dear..I setuju bab kekuatan dalaman tu, sebab ia berlaku secara tak langsung..Dan i pun suka bab rindu nak pregnant. Serius i memang rindu pun, dan i rasa i sangat seksi waktu pregnant, hhehehe..

    ReplyDelete
  2. Itulah bezanya hidup bujang dan bila berumah tangga... Amanah tanggjawab dan krperluan akn lebih berat kan. Namun ianya akn lbh mndidik utk lbh brtgjwb

    ReplyDelete
  3. betoi tu kak sal.. saya setuju semuanya.. ianya berlaku dkt saya :-)

    ReplyDelete
  4. sangat setuju dan sy sgt suka entri nie..rasa macam nak like 10kali.hehe..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign