Fresh from the owner...

20 February 2012

Tiga kepada dua.

apa benda yang daripada tiga kepada dua tu? hahaha... ini masih lagi cerita Azfar masuk PICU. according to doc yang merawat dia kat ER, Azfar memang kena sawan masa sampai dan diberi treatment. bila tak ada respon pada ubat tu la yang doc tidurkan dia. takut ada infection yang sampai ke otak sebab memang dia dah lembik masa sampai ER tu.

dan menurut pakar yang merawat kat PICU, sawan disebabkan temperature yang tinggi dan juga disebabkan demam tonsil tu boleh berulang untuk baby sampai la umurnya 6 tahun. itu bukan sawan keturunan jadik akan hilang jugak. bila sampai kat PICU, keadaan Azfar dah stabil. tak ada alat bantuan pernafasan macam yang Kak Ngah pakai dulu. cumanya dia orang bagi sedut oksigen tu sekejap je.

muka budak menangis sebab aku tinggalkan dia lama sangat. dia tak tidur langsung sampai ke pagi.


masa Kak Ngah masuk PICU tu, tempat dia orang duduk jauh-jauh jugak. Kak Ngah kat bilik bahagian belakang. Azfar kat bilik tengah. dan Kak Long kat surau bahagian depan. kiranya aku la yang penat sikit sebab kena jenguk tiga-tiga tempat tu. paling kesian Kak long la. adik-adik sakit. dan adik-adik menangis bila aku tinggalkan. aku kena pujuk setiap seorang sampai satu tahap aku terpaksa tinggalkan salah seorang dalam keadaan menangis.

kemudian la baru dia orang tukarkan Azfar satu bilik dengan Kak Ngah dan Kak Long duduk dalam bilik ibu menunggu. at least dalam bilik tu ada ibu-ibu. dan dia dapat baring dalam keadaan yang selesa sikit. tiap kali aku masuk, ada je orang tinggalkan roti, gula-gula dan coklat. tiap kali aku jenguk anak-anak, dapat la aku rehat kejap dalam 5 minit. sampai nurses pun kata, kesian kat mak. duduk la rehat dulu. nanti mak pulak sakit. macam-macam la.

suka dapat duduk sekatil dengan adik.

katil ada dua tapi rela la duduk sekatil dua orang.


memang rasa nak pengsan pun ada. tapi bila fikirkan anak-anak, kena tabah dan kuat gila la. even my friend cakap aku ni kuat. kalau dia dah tumbang dah. nak handle sorang pun dah pening, apatah lagi tiga. dalam keadaan kita hadapi benda ni seorang diri, semangat la kena kuat. kalau tak, habis la. aku dengan sakit kepala teruk memang gagahkan diri untuk buat semua benda. selera makan pun tak ada. aku cuma minum milo yang hospital bagi je. semuanya demi anak-anak sementara menunggu abah yang dalam perjalanan balik.






my foot: sekurang-kurangnya daripada tiga bilik kena jengah, aku jengah dua je. sempat lelapkan mata sekejap masa jenguk Kak long.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. bila akak baca nie
    hati manalahhh x susah kan
    anak2 nie , kalau mereka sakit
    kita punn sama sakit ..
    susah hati sgt2 ..

    ReplyDelete
  2. banyak betul dugaan..sabar ya..ala siannya dia nangis ..at least 2 bradik tu dapat duk sekali..semoga mereka akan cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  3. salam dik
    kalau nak sabun tuu
    boleh aje .. akak duk pekan
    ayah akak akan selalu jual di pekan sehari hari rabu .. ;)

    ReplyDelete
  4. askum anis...
    huhu... moga kedua-duanyan cpt smbuh yer.. x dpt lya bygkan bila sekaligus msuk wad..msti letih sgt sbb sntiasa bkejar.. tp inilah pgorbanan seorg ibukan?? x pnh knl erti letih dll.. demi anak..walau selemah mana pon kita,..ajaibnya mnjadi sekuat n setabahnya..inilah kehebatan hati sorg ibu..

    klo kna swan sgt2 bahaya.. ekceli lya pun mgidap sawan "status epilepticus" iaitu sawan y blh mbawa maut.. lya pon kna bkn sbb kturunan.. 1st time kna msa umur 18 thn.. sawan tu tjadi sbb infection dlm otak lya kesan drp pmbedahan mbuang ketumbuhan dlm otak... dan..akibatnya... sehingga kini lya msh mjalani pyembuhan status epilepticus ni.. dan..lya kna ambik ubat seumur hidup..

    mudah-mudahan.. slps ni..sawan x bulang lg kat ank awk. insyallah..akn smbuh sbb kna dr kecik kan..cam lya ni..dh bsr bapok bru kna..smpaikan otak lya dh jammed.. hmpir nk kena tebuk kepala ni sbb nk buang air dlm kpala.. just stakat ni air tulang belakang j.. dh 3x ambik..

    ReplyDelete
  5. sy yang baca cerita kak anis ni pun rasa mcm kalu saya sorg xtertggung.. mmg kak anis kuat pun..

    sian kat kaklong.. adoiiii.. sedih pulak tgk muka kaklong.. apa2 pun, saya doakan mg kakngah n azfar.. sihat seperti sediakala semula..

    ReplyDelete
  6. moga akak sentiasa dikuatkan semangat menghadapi semua ini... sedih baca entry akak ni... sbb sy pun xtau klu sy beraada pd masa ni sy boleh sekuat akak atau x... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  7. mengalir air mata kita baca entry ni. serius akak mmg kuat.andai terjadi pada kita, harus ambil smgt akak ni.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign