Fresh from the owner...

23 February 2012

Sudah beransur pulih.

alhamdulillah. Kak Ngah dah tak demam lagi. lega sangat rasa hati. tapi masalahnya dia still batuk dan selesema. batuknya memang teruk jugak la. doc tak bagi ubat batuk sebab dia still bawah umur 3 tahun. biasa la tu. doc kata kalau ke swasta dia orang akan bagi. kesan ubat bauk biasanya buat budak-budak ni nak tidur. dan doc ni cakap, kerap tidur yang dia orang tak nak. takut tidur tak bangun-bangun.

tapi yang jadik masalahnya, Azfar pulak selesema. berjangkit dengan Kak Ngah. berturut-turut. tapi reda je la. sebab semua ni dugaan.

naik basikal kena pakai helmet ye. for safety.

senyum budak baru baik demam.


4 hari demam buat badan Kak Ngah susut walaupun siangnya dia makan banyak jugak. tapi sesekali dia batuk malamnya, dia akan keluarkan semula apa yang dia makan. dia pun dah aktif semula dah. lega hati ibu ni.

Kak Long yang maintain cool.


alhamdulillah. Kak Long masih gagah. demamnya sangat jarang. tapi sekali kena memang out la. habis sakit segala sendi. manja pun terlebih. kalau Kak Ngah demam tak ada la merengek-rengek ni. tapi Kak Long lain sikit. sakitnya mengalahkan dia tu adik. huhuhu...

hencem kan?


dan mamat hencem ni walaupun selesema tetap aktif. merayap je. kalau letak kat bawah harus la dia mengutip segala khazanah alam yang ada kat bawah tu. kalau ada habuk lagi dia suka. kalau berdukung dia suka la. tapi kalau duduk dan pegang dia, sorry. kejap lagi dia meronta la nak turun.

adat membesarkan anak-anak. mesti ada sakit dan segala macam benda sebelum besar. tak apa la. ibu reda besarkan kamu semua. menjaga dan berjaga pun dengan ikhlas. anak-anak ni amanah Allah. kena jaga baik-baik. amanah abah juga untuk pastikan dia orang sihat kecuali memang dah sakit tu dah datang. meamng tak boleh buat apa la .






my foot: rela bersengkang mata demi memastikan kamu-kamu sihat sentiasa adanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. skarang musim panas.. bdk2 antibodi x sekuat org dewasa..mudah dpt pyakitkan.. moga kak ngah n azfar cpt2 sembuh,,, g2 lah seorg ibu.. sanggup berjaga mlm bila ank2 sakitkan..nk tdo pon x tertdo..asyik pikirkan anak

    ReplyDelete
  2. biasalah tu, dlm nk mmbsar tu mcm2 lah antibodi tbina dlm bdn. dlm nk bina tu kna sakit dulu. sbg mak tntulah t.sng duduk bila ank2 sakit kan. ssl pun t.pnh bg ubat batuk utk ank

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... comeynye anak2 akak :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah makin sihat..

    tu la kan.. dugaan utk kita bila membesarkan ank ni... tp tu la, bila mereka sakit.. kita sbgai ibu ni sgtlah susah hati kan..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign