Fresh from the owner...

24 February 2012

Sekali lafaz je Lisa Surihani sah milik Yusry.

ramai bercerita tentang Yusry dan Lisa Surihani. saja la nak join the group. semalam, hari yang ditunggu buat pasangan ini. dan debaran berakhir bila dengan sekali lafaz, Lisah sah milik Yusry. pasangan ini dinikahkan oleh abang sulung Lisa Surihani sendiri, Mohamed Azan Mohamed. Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.



Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.

Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.

Lisa tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan Cosry dengan rona putih manakala Yusry pula segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor lengkap bersamping daripada Nuratikah Songket.

Majlis akad nikah tersebut dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage bertemakan 'Winter Garden'.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sebelum ini, Lisa telah selamat melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai, majlis khatam Al-Quran untuk bergelar raja sehari.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Lisa dan kedua untuk Yusry yang pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira.


sumber: mStar Online


jom layan pic dia orang dulu:-

cincin disarungkan ke jari manis.

mengucup tangan suami tanda kehidupan baru sudah bermula.

semoga bahagia ke akhir hayat.







my foot: siapa ada masa boleh tengok pasangan ni nanti bersanding ye.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. tahniah...moga kekal abadi

    ReplyDelete
  2. untung sungguh si yusry tu kan..

    ReplyDelete
  3. mg mereka bahagia.. sk mereka berdua ni.. :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign