Fresh from the owner...

21 February 2012

Roti goreng rangup yang sedap.

hari tu ternampak resepi ni kat internet. terniat nak masakkkan untuk anak-anak. resepi asal guna seri kaya. tapi disebabkan tak ada bahan dan hari tu pulak budak-budak tak ramai, aku buatkan jugak la. cumanya aku gantikan seri kaya tu dengan sambal telur.


ini la rupa bentuk roti goreng rangup tu. aku potong empat. baru la nampak macam menarik sikit. boleh tahan la rasanya. pada aku la. dan pagi tadi aku buatkan sarapan untuk budak-budak yang nak ke sekolah. Kak Long makan banyak jugak. kali ni aku guna seri kaya. sedap la. hehehe...

kalau ada yang nak cuba, ini resepinya:

ROTI GORENG RANGUP

tepung gandum
marjerin 
garam
gula
air

cara-caranya:

1. kacau semua bahan kat atas tu. buat macam bancuhan untuk goreng pisang. sama je caranya. tepung dan lain-lain bahan tu aku agak-agak je. tak ada sukatan khas.

2. ambik roti dua keping, sapukan seri kaya. potong empat atau ikut suka la.

3. celup dalam bancuhan tepung dan goreng garing.

4. makan panas-panas memang sedap.






my foot: budak-budak suka sebab ada rasa manis seri kaya tu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. senag jer buat kan?nak try la nanti bila dh sihat sket..:)

    ReplyDelete
  2. macam menarik jer.. nak cuba lah nt :)

    ReplyDelete
  3. ini resepi mmg sng. minta copy ye kak, nak buat jugak. belah 4? hrmmm pertama kali melihatnya.

    ReplyDelete
  4. pernah gak terbaca resepi ni tp xpnh try lagi.. lenkali nak try lah :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign