Fresh from the owner...

22 February 2012

Persepsi masyarakat kita.



persepsi masyarakat kita sebenarnya tak pernah berubah kan? kalau kita nampak orang tu pakai selekeh je mesti kita kata dia orang tu tak ada masa depan la, tak kerja la. hakikatnya, mungkin apa yang kita lihat dengan apa yang kita fikirkan tu belum tentu itu yang sebenarnya.

macam aku la masa Azfar dalam PICU tu. doc intebiu lebih kurang je. cakap dengan kita pun macam ada poyo-poyo sikit. what she sees, mungkin dia assumed aku ni daripada kampung-kampung (takde hal pun sebab memang orang kampung) yang belajar pun seadanya je. sebab masa dia tanya husband kat mana dan aku jawab husband ada kat Johor. buat apa dan aku jawab la husband kerja kilang kat sana.

doc tu kemudian cakap, kenapa tak cari kerja kilang kat Kuantan je. aku jawab dengan tak fikir lain masa tu. aku cuma cakap tak ada rezeki kat situ. ada pun kat Johor je. daripada nada dia, suami kerja kilang je tapi nak kerja jauh-jauh. bila anak-anak sakit dah susah kena angkut semua. or aku je yang fikir macam tu?

kemudian dia tanya pasal education. dia tanya aku sekolah sampai tingkatan berapa. aku jawab la sejujurnya apa yang aku ada. baru la dengar nada dia lain sikit. lepas tu dia tanya pernah kerja la sebelum ni. aku jawab pernah. dan husband pulak. pun aku jawab sejujurnya. 

even husband pun lebih senang jawab kerja kilang kalau orang tanya dia kerja apa. memang dia kerja kilang. tak ada yang tak betulnya kat situ. dan orang yang dengar akan cakap, tak apalah. dah rezeki kat situ... terima je la. tapi kalau sesama dia orang dan dia orang cakap kerja kilang, main topic would be the post yang dia orang pegang. apa yang husband belajar dulu memang banyak kilang yang offer. jadik kerja kilang je la. betul kan? hahaha...







my foot: apa-apa je la doc. harap happy je la. and hopefully my SIL yang jadik doc tu pun tak poyo macam ni. kalau tak, ai suruh abang you sekeh kepala you sekali. ngeee...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Sabar je anisalya. Kdg2 akak kesian sgt dekat makcik2 kat kg tu, ada pegawai2 cthnya jabatan pertanian layan dia org mcm nak tak nak aje. Kalau dia org mohon apa2 cubalah support, pdhal baru je kuar U. Selalu aje akak sound dorang. Ala, anisalya mampu nak g private tapi dah ada spital krjn pegi ajelah. Bukan nak sgt HADAP all the docs poyo tu.

    ReplyDelete
  2. betul2..
    orang kita ni cepat pandang rendah nak2 bila die berada di kedudukan kat atas kita....

    saya housewife ni pun selalu terkena..
    kalu saya ada degree pun,salah ke jadi housewife??..err...tah la kan..susah nak tukar persepsi orang kan kan..

    sabo je la...

    ReplyDelete
  3. Ada juga doc mcm tu eh, hai dunia-dunia. Ingatkan dah high level boleh berfikir secara berhemah.

    ReplyDelete
  4. okay mmg camtu..saya dulu keje kilang pun org pndang smcm...takkan nak terangkan..oh saya keje kilang bahagian....jawatan..pulakkan..so nk senang ckp camtu jek..now nie bila ckp dok umh tak keje pun org pelik...

    my asben dulu amik kontrak brsihkan flat n aprment..klu org tnya keje apa dia kata..sapu sampah..senang..lantak le apa orang nk kata sbb org mmg suka mgata..jarang mmuji :p

    ReplyDelete
  5. yup, true..manager ke engineer ke, semua pun kerja kilang gak kan..biarlah mereka dengan persepsi mereka..

    ReplyDelete
  6. hehe.tul tu..asal selekeh je.tak educated..padahal rockers mmg le camtu kan....

    ReplyDelete
  7. Hik3!!!
    Tulah kak..
    Bila kita dipandang sebelah mata saja.. ;)

    ReplyDelete
  8. tak kisahler janji kita sendiri yang tahu... pd akakler tak kisah asalkan bahagia...

    ReplyDelete
  9. manusia memang cepat buat andaian .. yg xbestnya bila andaian tu bersifat memandang rendah pd org lain

    ReplyDelete
  10. a'aa betoi tu kak anis.. keje kilang kita jgn ingat keje operator je... sdgkan dlm kilang tu berlambak2 je yg berjawatan tinggi.. biaslah pemikiran org camtu..

    ReplyDelete
  11. betullah tu...
    mcmanalah nk ubah mentality derang ni ek...huhu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign