Fresh from the owner...

10 February 2012

Mengantuknya dia.

masa aku tengah masak kat dapur, dengar my sis panggil. ingtakan apa. rupanya nak bagitahu Kak Ngah tidur. tidurnya depan tv dalam keadaan duduk. biasanya, dia kalau nak tidur dia tidur je. tapi hari tu entah macam mana sampai boleh tertidur macam ni.

mengantuk sangat.


kebiasaannya, dia akan bangun pagi sama macam Kak Long. kadang-kadang aku kejutkan dia bangun. sebabnya Kak Long kalau nak mandi, dia nak mandi dengan adiknya yang ini. jarang la dia orang mandi asing-asing kecuali salah seorang tak ada or yang seorang lagi sibuk sangat nak main-main.

dan jenis Kak Ngah kalau bangun tak ada orang dalam bilik, dia menangis. itu yang malas nak dengar pagi-pagi tu. kalau sebelum Kak Long sekolah, dia orang tidur dan akan bangun pukul 8am. tapi rutin berubah la sejak Kak Long sekolah kecuali hari cuti.

tak boleh nak buka mata dah.


hari kejadian dia bangun awal. awal daripada Kak Long. masuk tengahari biasanya mata dah layu. tu yang tak tahan sangat sampai tertidur kat situ. alahai... kesiannya anak! tak sempat minum susu dah tertidur. padahal seblum tu huha huha suara dia . last-last senyap melayan mata rupanya. hmmm...








my foot: semalam dia tertidur masa tengah makan kek. bila habis masak dan aku checked dia ada kesan kek pada baju dan ada sikit lagi pada tangan belum habis makan. kes mengantuk sangat. tak boleh tahan. tertidur dengan makanan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Alaacomeynya dia... Boeh agi duduk walupun dh ngantuk tuu...

    ReplyDelete
  2. hahaha..gasaklaa..adik ngantuk, adik nak tido! tak kira la camana pun!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign