Fresh from the owner...

22 February 2012

Kisah Kak Ngah dan doktor.


pagi tadi bawak budak ini ke OPD. demamnya dah 4 hari tapi still tak baik-baik jugak lagi. risau jugak. kejap okay, kejap tak. sampai kat OPD dan checked suhunya 38.2. doc kata high. kalau bawak ke doc yang belum kawin tu mesti dia orang kata biasa-biasa je.

doc ni ramah sikit. aku rasa dia tengah tunggu hari je kot. even dia cakap, dia sendiri sampai tak tidur malam kalau anak-anak dia demam. dok mengelap je badan anak-anak. doc ni anak-anaknya satu kelas dengan Kak Long kat sekolah.

montel anak sulungnya. anak nombor dua kurus sikit. sekarang ni dia menunggu yang nombor tiga. doc yang macam ni la buat hati kita sejuk je bila datang ke hospital. tak ada la rasa jengkel sangat. dia siap tanya husband mana. aku cakap la husband tak ada kat sini.

dia cakap sama la macam dia. kena hantar anak-anak ke sekolah sendiri. alahai... kesiannya la awak doc!!! dan Kak Ngah dapat ubat demam lagi. ubat cairkan kahak dan jugak antibiotik. hopefully cepat sihat la ye Kak Ngah.







my foot: abah pun 24/7 dok tanya macam mana dengan anaknya tu. dan Kak Ngah pulak dok cari abah je. pagi tadi pukul dua dia bangun nak abah. adoiii la...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Kita mmg memerlukan doktor2 yang mesra pesakit.

    :)

    ReplyDelete
  2. moga kak ngah segera sihat ye, sayang dia

    ReplyDelete
  3. kesiannya, tak sembuh lagi. moga cpt sembuh yer...

    ReplyDelete
  4. siannya kak ngah! moga cepat baik ya..

    ReplyDelete
  5. ibu2 je yg paham situasi ibu ... kan?

    ReplyDelete
  6. cepat sihat ye kak ngah..:)

    saya pun memang suka pergi jumpa doc yang best and ramah..

    ReplyDelete
  7. doktor yg mesra alam camni mmg bestkan... baguslah doc ni memahami..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign