Fresh from the owner...

08 February 2012

Kenapa dengan Kak Ngah?


telinga Kak Ngah memang selalu jugak luka. tapi tu masa umur dia setahun lebih sampai la dia dua tahun. dah lama jugak aku tak tengok telinga dia luka macam tu. tak tahu la kenapa. mungkin sebab cuaca panas ke apa. tapi tak mudarat. luka tu akan baik dalam dua hari.

tapi yang ini lama sikit. mula-mula tak perasan langsung. tapi bila nak tanggalkan baju or lap rambut dia lepas mandi, Kak Ngah mesti kata sakit. bila check, tak nampak apa. bila luka tu besar sikit baru la perasan. tapi aku letak ubat. sebab yang lepas-lepas lukanya okay je je lepas letak ubat kat telinga tu.

yang jadi masalahnya bila ada pulak biji kecik naik kat pipi. tepi telinga tu. mula-mula kecik je. dalam masa dua hari je naik besar tu. kemudian baru sedar. aku rasa ni macam jangkitan. sebab anak-anak buah aku kat sini kena jangkitan teruk kat tangan dengan kaki. kakak aku ingat luka macam biasa. tapi makin hari makin melarat. bila bawak ke klinik sebab luka tu naik ke tempat lain baru tahu itu sebenarnya jangkitan akibat main benda-benda kotor macam pasir.

budak-budak ni suka la. tapi semalam, aku dah letakkan ubat yang klinik bagi. nampak macam okay sikit. kena tunggu dan lihat la. tapi Kak Ngah tak main pasir. dia selalu kena baling dengan pasir. itu semua kerja Kak Long. hebat kan? huhuhu...






my foot: macam-macam la anak-anak ni. lepas satu, ada je benda alah lain lekat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. ha lepas ni kaklong jgn baling pasir lg ye...cian kak ngah.. =)

    ReplyDelete
  2. haa tu la.. kdg2 ank2 ni main je.. dorg bkn tau kotor...

    ReplyDelete
  3. cian.budak2 tu kena jg..diorg apa th kan

    ReplyDelete
  4. uishhhhhhhhhh baru tau nih. terok gak eh?

    ReplyDelete
  5. Alahai!!!
    Gatal2 ker tu..
    Kesian dia..
    Cepat sembuh syg..

    ReplyDelete
  6. jgn main pasir lg ye kaklong n kakngah..hehe..

    ReplyDelete
  7. budak-2 memang suka main pasir .. hehe

    :: semoga k.ngah cepat sembuh ^^

    ReplyDelete
  8. harap tak serius...

    maybe dia ada alergic apaa2 tak?

    ReplyDelete
  9. pasir tu kan mmg kotor. naper kakLong baling pasir pada kakNgah? mcm salji ek. hiii. kulit kakNgah ni sensitif kak. mcm kita.

    ReplyDelete
  10. sian kak ngah..semoga telinga kak ngah cepat sembuh.

    ReplyDelete
  11. alamak, anak-anak ema main pasir masa kat kampung ni

    ReplyDelete
  12. kesian kak ngah.. x psl² jer telinga jadi macam tu..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign