Fresh from the owner...

21 February 2012

Kena cucuk di sana sini.

ada lagi cerita tentang anak-anak yang kena warded tu. paling kesian kat Azfar la. kiri kanan tangan dan kaki penuh dengan kesan cucuk jarum. ada yang sampai lebam-lebam. dah la kat kaki tangan ada jarum untuk masuk air dengan ubat. setiap kali masuk ubat, Kak Ngah dengan Azfar mesti menangis. kalau Kak Ngah dia dah pandai cakap. dia akan kata sakit. memang kesian tapi nak buat macam mana?

kesan cucukkan jarum. banyakkan?

ini tangan punya.

jarum yang ada kat kaki.

ini Kak Ngah punya.


nurses kata Azfar chubby sangat. nak cari urat pun tak jumpa. tu yang ada kesan cucuk merata-rata tu. susah jadik chubby ni. Kak Ngah masa baby dulu pun macam tu jugak. sampai doc mintak sign surat keizinan untuk cari urat kat kepala sebab tak jumpa yang kat tangan dengan kaki punya. dan masa sakit hari tu, Kak Ngah kalau nampak je nurse datang dengan troli ubat mesti menangis. sakit. budak-budak, apa yang dia orang tahu. kalau sakit dia orang menangis. tu je la.

mak bonda ni la dengan sabar kena pujuk. bila abah ada, abah pulak yang pujuk. sampai satu tahap aku cakap dengan Kak Ngah: "Tutup mata. Mana ada sakit pun kan?" baru la dia senyap.






my foot: aku tengok nurse masukkan ubat pun aku tahu sakitnya pada anak-anak. reda je la. tak masukkan ubat lambat pulak baiknya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. siannye azfar. Smg azfar cepat sembuh yea. Tak bole tahan tengok budak sakit. Kalau bole nak je kita gantikan tempat dia

    ReplyDelete
  2. Jangankan sicomel azfar, auntie bab cucuk 7 hospital ni kecut perut

    ReplyDelete
  3. yaallah.. banyaknya.. sy yg tengok pun ngilu...

    ReplyDelete
  4. siannya azfar.. byk bekas cucuk tu.. mesti meraungkan...

    ReplyDelete
  5. menjerit kuat tak si azfar. alangkan oni dulu pun, kita nangis bila dia kena amek darah utk check kuning. waaaa takmor-takmor. bg mkn vitamin c kak.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign