Fresh from the owner...

23 February 2012

Kek pilihan Kak Long.

masih nak bercerita tentang birthday Kak Long yang lepas. kek Kak Long aku tempah dua minggu lebih awal. aku bawak Kak Long untuk dia pilih sendiri keknya. tak ada la nanti dia meragam kata keknya tak best la. makcik kecik ni banyak songeh. hehehe...

ada banyak pilihan sebenarnya termasuk la kek dengan karakter Dora dan Diego. tapi dia tak nak. aku tunjuk kek design yang satu lagi. baru la dia kata okay. tapi aku tahu dia lebih tertarik dengan kek yang ada gula-gula sebagai hiasan kat atas toppingnya tu. tapi abah bukan bagi makan gula-gula.

kek nombor 4.

bear ni daripada dark coklat. tebal gila. tak habis makan pun.


balik sekolah, ambil Kak Long dan bawak dia ke kedai kek. dah janji nak ambik kek tengahari. Kak Long la sibuk-sibuk nak turun jugak daripada kereta. nak bawak sendiri keknya tu. memang excited la dia. seronok tengok budak yang nak celebrate birthday ni. 

layan pics dia masa nak potong kek la ye:-

comel la tu. lilin tu hiasan je. tak ada nyala-nyala api pun.

teruja nak potong kek okeh. siap pesan nak potong sendiri.

saya dah 4 tahun. dah besar.


seronok tengok dia happy je. tambahan pulak adik-adik abru discaj. kalau tak, celebrate dalam wad je la kita. alhamdulillah... masih ada kesempatan untuk celebrate birthday sama-sama. hadiah? tak pernah ada hadiah untuk budak-budak ni. cukup setakat kek je. kalau ada hadiah pun ibu dengan bapa saudara dia orang bagi. yang penting... happy kan?

kek ni cepat je habis. krimnya tak manis pun. dia orang guna whipping cream. kek pun tak manis. jadik sedap la makan. tak muak macam certain kek. tapi plan untuk dapatkan Secret Recipe punya kek tetap ada. mungkin time Kak Ngah kot. sebab kat sini tak ada SR.






my foot: aku makan banyak jugak kek ni sebab aku suka kek. hahaha... anak-anak pun sama. kejap-kejap mintak kek. abah je la maintain sebab abah tak berapa gemar dengan kek kan abah?! hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. saya pun mcm kak anis.. mmg sk sgt mkn kek.. hubby xsuka sgt.. cantiklah kek kak long ni.. yg besar camni tempah brp RM yer kalau kat area sana?

    ReplyDelete
  2. besarnya kek...:) happy birthday kak long..

    ReplyDelete
  3. wuiyooo besar tu kek kaklong...dah 4 taun ye =)

    ReplyDelete
  4. wowww..cntiknya kek dia..yummy..hepi belated bday dear

    ReplyDelete
  5. Uishhhhhh!!
    Besor kek nya..
    Untie nak sikit!! ;)

    ReplyDelete
  6. Besarnya kek kak long. Mintak skit.

    ReplyDelete
  7. wah...samat arijadi kaklong.. semoga membesar menjadi anak yg solehah...

    ReplyDelete
  8. cantik kek k.long.. nampak sgt2 excited masa nk potong kek tuh.. btw, happy belated besday k.long.. semoga membesar menjadi anak yg berjaya dunia akhirat.. amin..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah dulillah selesai semua.. hamboi kak long kemain suka lagi yer...

    kak long pun 4 tahun yer tahun ni.. kira sebaya amirlah ni...

    ReplyDelete
  10. seronok tgk kakak senyum... smg sihat selalu yea syg

    ReplyDelete
  11. besarnya kek Kak Long... Happy Belated Birthday dari Auntie munna ye

    ReplyDelete
  12. chomelnyaa kek kak long...aunty nk skit...
    aunty pantang tgk kek2 ni :)

    ReplyDelete
  13. comeynye kak long..
    and birthday cake tu..hihi..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign