Fresh from the owner...

02 February 2012

Kak Ngah pun nak sekolah?!


Kak Ngah kalau Kak Long ke sekolah, dia pun sama sibuk la. hari-hari cakap nak pergi sekolah. kalau pagi-pagi bawak dia untuk hantar Kak Long ke sekolah, dia dengar je budak-budak lain panggil Muallimah (entah betul ke tidak ejaan ni aku pun tak sure), dia pun akan panggil Muallimah jugak la. orang bagi salam, dia pun bagi salam jugak.

Kak Long memang suka kalau Kak Ngah sekolah sama dengan dia. ada jugak dia teman. bila dia sorang-sorang kat sekolah, tu yang buat dia bosan sikit. padahal aku dah cakap dengan dia, berkawan la dnegan budakbudak lain. dia tak nak pulak. malu katanya. huhuhu... entahlah. kena tunggu lagi sebulan dua. nak tengok macam mana keadaannya.

Kak Ngah mulut riuh jugak. aku rasa dia insyaAllah tak ada masalah nak berkawan. kalau dia rasa nak join orang, dia pergi je. cumanya, dia ni lembut hati sikit. Kak Long dengan adik-beradik dan sepupu sepapat cukup berani. bila sekolah, senyap pulak. kalau Kak Ngah ni tak kira orang. tapi kalau kat rumah dia mengekor je ke mana aku pergi.

ini dalam kelas Kak Longnya. menemankan Kak Long kejap.









my foot: tahun depan Kak Ngah boleh sekolah sebab Kak Ngah dah besar. dah pandai masuk toilet dan basuh kencing sendiri. alhamdulillah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. wah pkmbangn positif tuh. msti t.sabar kngah nk tunggu thn dpn ;)

    ReplyDelete
  2. kira dh besar la yer? :)

    ReplyDelete
  3. baguslah kalau dia dari kecil suka bersekolah..

    ReplyDelete
  4. kak ngah ni berapa tahun??? tahun dpn 5 tahun ker.. blhlah sekolah...

    ReplyDelete
  5. nnti kak ngah gi sekolah jgn nagiss yaa... :)

    ReplyDelete
  6. Amboi!! Sukanya dia gelak besau gitu..
    ;)

    ReplyDelete
  7. yeay.. thn dpn kak ngah dh blh sekolah..hihii

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign