Fresh from the owner...

07 February 2012

Kak Long dah mula berbaris.

aku tak tahu la kenapa Kak Long ni malu sangat dengan orang. dah sebulan lebih sekolah pun still macam tu jugak. nak jugak la dia berkawan dengan orang tapi lambat sikit. kalau bab berbaris memang payah. jenuh nak memujuk tiap pagi. suruh jugak la dia berbaris. macam-macam la yang aku 'gula-gula'kan dia tapi tak jalan.

sebelum sampai sekolah dia cakap nak la berbaris dengan kawan-kawan. masuk je kawasan sekolah terus memeel. aduh... geram pun ada! balik sekolah, dia cakap esok dia beratur. tapi bila esok tiba, sama je. mula la buat perangai.

tapi minggu lepas aku pujuk jugak dia. aku cakap aku tunggu sampai dia habis bebaris. nanti aku hantar ke kelas. tapi tak masuk kelas la. aku hantar sampai depan pintu je.

jauh kan dia berdiri? hahaha...


hari tu Kak Long start berbaris dengan kawan-kawan dia. tapi yang kelakarnya, dia tak beratur dalam barisan. dia duduk jauh sikit daripada kawan-kawan dia yang lain. bila ustazahnya tarik dia  untuk masuk dalam barisan, dia buat keras je badan. 

ustazah malas nak paksa. tak tahu la kalau dia tak paksa sebab aku ada kat situ. pada aku ada improvement la kalau dia nak berada dalam kawasan orang yang berbaris tu. kalau tak, dia nak duduk dalam kelas je. tak ke haru kalau dia terus buat perangai macam tu? huhuhu...


bila ustazah kata boleh masuk kelas, Kak Long datang kat aku. tuntut janji la untuk hantar dia ke kelas. budak seorang ni nak dibuat macam mana lagi la agaknya. aku tak nak tinggalkan dia macam tu je kat sekolah. 

kalau tinggal dalam keadaan dia menangis, aku yang tak sedap hati. lagi pulak Kak Long ni akan dok cakap je benda tu sampai aku naik hangin. hah, tak pasal-pasal aku berhentikan dia terus dari sekolah! hehehe... tension ibunya ni kalau dok ulang benda yang sama sampai dia tidur. marah la sebab tu dia dok cakap je benda tu.

kat belakang Kak Long tu budak lelaki yang sekelas dengan dia. tak mahu berenggang dengan mak or ayahnya langsung. memang teruk jugak budak lelaki ni masa mak dia tinggalkan. meraung sakan. tapi mak dia buat hati kering. tinggalkan jugak.





my foot: aku ni nampak je ganas tapi dalam hati ada taman. hahaha... tak sampai hati nak biarkan dia menangis. so dalam geram tu layan je perangainya. belum cukup kering la hati aku ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Hati ibu, dear.mmg camtu la kita kan.Tapi, smpi bila, ye tak?Kita perlu gak biarkan dia, supaya dia berdikari. (^_^)

    ReplyDelete
  2. oloh sama je kita kak, hati tak kering. bila air mata emas oni turun je, mulalaaa aku pun berdrama.

    uiii kak long ni pemalu ke kak? kaklong, aunty cha dulu, suka je berbaris, pastu masuk kelas latak kasut kat luar. rasanya lbh suka berbaris drpd dlm kelas, kes malas nk blaja. mguahahaha

    ReplyDelete
  3. hihiii jauhjnya kaklong berdiri yer..hihii.. sian kaklong.. harap2 makin lama makin ok la :-)

    ReplyDelete
  4. nnt lama2 kak long oklah tu.. dah mula berbaris...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign