Fresh from the owner...

09 February 2012

Kak Long dah mula berbaris. Part 2!

hari tu aku ada cerita pasal Kak Long lepas ada sesi pujuk-memujuk baru la dia nak berbaris tapi jauh daripada orang kan? entrinya di sini.

alhamdulillah... rabu minggu lepas, dia dah mula berbaris. tak berdiri jauh lagi tapi dah mula masuk barisan. cumanya, aku kena tunggu dulu la. kalau tak, dia tak nak berbaris langsung. tak pun dia mula nak buat perangai. jadi, aku layankan je apa yang dia nak. dah ada improvement ni okay la. tak apa la lambat sikit nak 'panas' pun. janji dia nak dengar kata dan dah mula boleh sesuaikan diri dengan sekolah tu.

Kak Long dok sibuk perhatikan orang.

budak debab kat belakang Kak Long tu ada je benda yang dia nak cakap.

ikut sama baca doa dan ikrar.

ni dia tengah tengok sorang budak lelaki sekelas dengan dia buat perangai.


lepas sesi berbaris habis, dia datang kat aku mintak hantar dia ke kelas la. tapi kali ni aku hantar dia sampai ke pintu kelas je. aku cakap dia dah besar. takkan nak aku hantar dia masuk sampai ke dalam kelas lagi. walaupun aku tahu dia tak nak, tapi dia cuba untuk faham kenapa aku buat macam tu.

dia masuk kelas dan aku tengok je la. tak hantar lagi dia sampai ke tempat duduknya macam biasa. dan Kak Long masuk dengan lambai tangan kat aku. okay... Kak Long kena pujuk lebih sikit sebab dia pun manja lebih. huhuhu...







my foot: Kak Long budak baik. cuma ada nakal-nakal dan terlebih lasak sikit. tapi kurus je budaknya. tak berapa nak makan. kat sekolah pun dia tak makan. macam mana la nak buat dengan budak kecik sorang ni?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. lama juga kak long nak biasakan diri..sampaikan sekarang mama kena ambil masa nak temankan kaklong yer...

    ReplyDelete
  2. baguslah tu.. dah ada improvement :-)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah oklah tu.. dah ade perubahan...

    ReplyDelete
  4. cer try bg makan appeton utk kanak2 tu...tgk iklan utk naikkan selera makan...tp tak taulah g pun tak pernah try..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign