Fresh from the owner...

13 February 2012

Kak Long dah mula berbaris. Finale!

aku ada cerita pasal Kak Long yang masa awal-awal sekolah susah nak berbaris dengan kawan-kawan dia. sebenarnya, tak berbaris langsung. tapi lama-lama dia dah okay. ada aku ceritakan di sini. hari rabu hari tu dia dah start berbaris. hari Khamis terlambat hantar. orang dah masuk kelas dah masa sampai tu. jadik dia tak beratur la. terus masuk kelas.

Jumaatnya tu, aku hantar dia dan mintak dia berbaris macam biasa. aku kata aku tunggu la dia sampai dia habis beratur. tapi untuk minggu ni je. lain kali dia kena buat sendiri. dia kata okay.

ni elok dok dalam barisan.

tak meragam pun kali ni. alhamdulillah.

sempat tengok siapa kat belakang dia tu.


dia okay-okay je berbaris kali ni. alhamdulillah. memang lega la tengok perkembangan dia yang semakin positif tu. cuma kena pastikan sentiasa berlembut dengan dia. kadang-kadang hangin jugak. tapi bila hangin tu dah boleh control aku akan cakap dengan dia kenapa itu salah dan ini tak boleh. dan dia faham.

kalau aku yang tersalah dengan dia, usually aku akan mintak maaf jugak. bila fikir-fikir, ala... dah besar sangat dah anak aku ni. huhuhu... Kak Long cepat belajar dan cepat memahami apa yang orang cakap. cuma ada masa-masanya dia buat-buat tak reti je. budak-budak!!!






my foot: Kak Ngah la yang sibuk nak pergi sekolah sekarang ni. alahai... sabar ye yang!!! tahun depan boleh sekolah sama dengan Kak Long.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. bagus.. kak long dh nak berbaris.. :-)

    ReplyDelete
  2. napa dia tak nak berbaris ek?

    ada pembuli ke? hehehe

    gmbo last tu cam dia di apit bouncer lak....sbb tinggi sgt budak depan belakang kak long...

    ReplyDelete
  3. Comey jer ank kecik ni berbariskan...
    Dh tak ada ank yg sekolah tadika...semua dah besar 2 sek rendah 2 sek menengah..

    ReplyDelete
  4. hehe..pasni kakngah pulak tknak beratur.

    ReplyDelete
  5. setiap hari yea ada perhimpunan

    ReplyDelete
  6. Bagus kak long..
    Lepas ni dia mst makin bijak & matang..
    Bila kenang anak dah makin dewasa ni..
    Sayu plak kan sis.. ;)

    ReplyDelete
  7. Bagus kak long..
    Lepas ni dia mst makin bijak & matang..
    Bila kenang anak dah makin dewasa ni..
    Sayu plak kan sis.. ;)

    ReplyDelete
  8. bila anak dh dpt suaikan diri ngan school,hati pun senang nk g keja kann.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah lembut juga hati si anak. berkat doa mak setiap hari la tu :)

    ReplyDelete
  10. bagusss lah k.long ni....

    teringat plak masa kecik2 dulu gile nyanyi lagu inilah barisan kita....sampai naik letih org nk dgr...hahaa

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign