Fresh from the owner...

19 February 2012

Jam idaman hati.


cantik tak jam ni? tengah mencari-cari design jam yang kena dengan citarasa aku ni untuk rumah sendiri. nak letak kat ruang tamu. aku tengok jam ni kat mana entah. hati berkenan terus. memang cantik la. memenuhi citarasa yang tak berapa nak mewah ni. hahaha...

nak rembat satu la. harga pun berpatutan. mesti mata aku ni teruja je nak tengok jam kan? ngeee... me and hubby ada diskus pasal keadaan rumah sekarang yang tak berapa nak siap lagi tu. kalau ikut plan mungkin ambil masa dekat setahun jugak untuk siapkan the whole thing.

tapi dia tak boleh nak duduk jauh-jauh dengan family dengan keadaan anak-anak yang kadang-kadang sihat dan kadang-kadang tak. lagi dia risau. nak balik kerap sangat pun tak boleh jugak. so, aku suggest pada dia, siapkan yang perlu je dulu macam lantai dengan bilik-bilik including ceilling dan hapuskan all the termites. table top tu boleh cerita belakang-belakang. nak pecahkan dapur pun belakang-belakang punya cerita.

jadi... kita tengok la plan ni jadik ke tak dan sempat ke tak untuk encik suami kejar dan siapkan before puasa. okay... dah bercerita tentang benda lain pulak. ni lagi satu jam yang aku suka. design sama je. warna je berbeza.


ada banyak lagi design jam menarik yang aku jumpa kat sini. mungkinkah akan bertukar citarasa? terima kasih ch@. kalau tak sebab dia, aku belum tentu jumpa jam yang aku suka ni. ngeee... siapa-siapa nak tukar jam kat rumah, boleh la ke blog Gallery aNNa-JueaNNa ni.

selamat mencuci mata.







my foot: bila la mata aku ni nak tidur. hujan di pagi hari ni patutnya membuai lena. huhuhu...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. sebelum tu nak cakap, akak jgn terasa kita tak sudi komen blog akak tau? fasal patern kita bg komen ni, suka entry byk2 lps tu baca part by part. then drop komen.

    hehehe, kita pun nak beli juga nanti, cantikkan?

    ReplyDelete
  2. Comelnye jam...alahai...YM ni pun tgh nak touch-up2 umah...api tu la, kene pandai2 bajet..huhuhu

    ReplyDelete
  3. eh.. jam ni cantiklah..sk dgn nombor dia yg mcm terkeluar tu..hihii

    ReplyDelete
  4. semua pun cantik.. tgk cat rumah anis warna apa.. nnt barulah sesuai dipadankan..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign