Fresh from the owner...

28 February 2012

Hobi Kak Long dan Kak Ngah.


budak berdua ni setiap kali mandi dan aku siapkan baju ada je benda yang tak berkenan di hati dia orang. selalunya Kak Long la. Kak Ngah boleh pujuk-pujuk lagi. tapi ada masa, Kak Ngah pun sama naik jugak. tension je mak bondanya ni. banyak songeh.

kalau aku siapkan baju malam kejap lagi berbunyi la: "Tak nak baju ni. Nak baju lain." tak pun: "Nak pakai baju ni dengan seluar jean." waktu malam pakai baju tidur je la. mana ada orang tidur dengan seluar jeans. apa la.

kalau baju yang aku belikan tu sepasang, contohnya baju BoboiBoy or Angry Birds, dia orang akan buat macam ni. selalunya ni semua idea Kak Long. macam-macam gaya dia orang ni. tapi kelakar dan menghiburkan.

tengah baca doa tu.


baju hijau tu Kak Long yang punya. coklat Kak Ngah punya. bila tengok baju tu Kak Long akan cakap pada Kak Ngah: "Kak Ngah, Kak Long nak pakai baju Kak Ngah boleh tak?" ada masa, Kak Ngah baik hati dan kata: "Boleh!" kalau datang mood swing dia: "Tak boleh!" kejap lagi sure bergaduh punya.

tapi kejap je. last-last okay je dan Kak Ngah akan bagi jugak baju dia untuk diswapped dengan Kak Long. aku tak kisah sangat. asal dia orang tak meragam, pakai la. tapi colorful la jadinya. sebab baju yang aku belikan selalunya tak sama warna. cuma sama pada design je. ada jugak baju yang sama warna dan design.

untuk anak dara dua orang ni aku suka la sepasangkan. itu la yang orang selalu dok tanya, kembar ke? kembar la ni. kembar lain-lain tahun. hahaha...

selalunya kamceng la walaupun ada masanya bergaduh jugak.






my foot: apa-apa je la Yang asal kamu dan kamu gembira selalu. pagi ni sibuk sikit. nanti ye BW.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. hehe..comel j dua beradik ni...blh lak tukar suka sama suka tu.. ni lah gelagat y mghiburkan.. nk mrh pon x jd kan...

    sama la cam asya..skarang dh reti nk memilih bla pkai baju.. mlm2 buta nk pkai bju krung lak

    ReplyDelete
  2. tumpang terhibur baca gelagat anak2 org lain :)

    ReplyDelete
  3. ahaaa seronok nnti bila dah besar boleh jd kwn baik tmpt mengadu =)

    pmikiran kaklong dah mula kretif tu

    ReplyDelete
  4. masakecik2 ni dorg gaduh nmpkkiut sgt kan....hrp2 dah besau nnt jgn le gado2 ek....

    ReplyDelete
  5. teringat masa sy kecik² pun suka tukar² baju dgn adk.. maklumlah kami 3 peremuan kat atas.. adk² lelaki kat bwh.. masa kecik size pun lbh kurang jer...

    ReplyDelete
  6. Budak2 mmg macam tu, kejap baik, kejap gaduh...

    ReplyDelete
  7. seronoknya anak2 ada partner nak tukar2 atau berebut barang :) buat masa ni sofia pun dah pandai memilih tapi xda sapa nak berebut hihihihihihi

    ReplyDelete
  8. hahahha kelakarlah 2 beradik ni...hihii

    ReplyDelete
  9. kelakar jekan....nk gelak tgk along n angah pakai baju camtu...tringat masa along n angah akak kecik dulu..mrk sgt2 rapat smpai skrg...jrg brgaduh.......

    ReplyDelete
  10. hahaha boleh pulak ada perasaan tu ek? nak main tukar2. bagus betul. menanam sikap tidak kedekut. tapiii comel pulak bila dah bertukar-tukar tu. mmg mcm kembar.

    ReplyDelete
  11. kelakar betul dua beradik ni..tp ia sangat mencuit hatikan

    ReplyDelete
  12. kelakar la kak long n kak ngah..tp terhibur dgn keletah dorang kan

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign