Fresh from the owner...

22 February 2012

Dari HTAA ke Hospital Pekan.

entri terakhir cerita my kids yang masuk wad tu.


bila anak-anak semua dah recover, doc asalnya nak pindahkan ke wad biasa. tapi wad kanak-kanak full la pulak. so, dia orang decide untuk hantar ke Hospital Pekan je. buat pemantauan kat sana. aku of course la lega. dekat sikit dengan rumah.

dia orang cakap, kalau ada ambulans daripada Pekan yang hantar kes ke Kuantan aku dengan anak-anak boleh tumpang untuk balik ke sana. sebabnya nak masuk wad jugak nanti. nurse yang jaga untuk hari tu ada bagitahu aku dia orang dah called ER. ada je ambulans daripada Pekan dia orang bagitahu.

kiranya lama jugak la menunggu. sebabnya ambulans yang hantar my BIL ke HTAA tu dah balik dah. dia orang terus called ke Hospital Pekan bagitahu kalau ada ambulans nak datang tunggu untuk pick up kami berempat.  tak call ER dia orang lagi. kami keluar wad, my BIL pulak masuk. bergilir-gilir.

layan pic masa kat Wad Kanak-kanak Hospital Pekan:-

Azfar relax je. Kak Ngah la meragam sikit.

tangan kena bandage sebab bila masukkan ubat, air tak nak turun.

muka ceria je sebab doc kata dah boleh discaj. tunggu Azfar masuk ubat last pukul 12pm.

si tomei saya. Kak Ngah tu cari abah.

katil 14 ni Azfar yang punya.

katil 15 ni Kak Ngah punya.

nama yang tertera kat katil masing-masing.

katil Azfar nama dia la.

tangan Kak Ngah pun kena bandage semula.

ubat untuk Kak Ngah dengan Azfar.


wad kat sini pun penuh sebenarnya. tapi aku dengan anak-anak dapat dua katil jugak. satu untuk Kak Ngah dan satu untuk Azfar. Kak Ngah tidur dengan abah. Kak Long yang tak sakit pun tidur kat hospital jugak. satu family la berkampung kat sini.

aku ambik peluang tidur la sebab bila abah dah ada, anak-anak nak dengan abah. kecuali time masuk ubat. semua berkumpul kat katil Azfar sebab bekas ubat tu dia orang letakkan kat katil si Azfar. Kak Long mula-mula tidur dengan abah tapi kemudiannya pindah tidur dengan aku.

tangan Kak Ngah dengan Azfar pun kena bandage semula sebab nurse takut dia orang lasak, boleh tercabut jarum tu. hakikatnya  memang benarlah. jarum kat kaki Azfar tu tercabut dan aku langsung tak sedar bila. alhamdulillah... tak ada pulak berdarah aku nampak kat mana-mana. cumanya, nurse cakap kesian kat Azfar. jarum kat tangan tu nurse HTAA cucuk dekat sendi. mungkin sebab tak jumpa urat. jadik sakit sikit. masuk ubat lagi sakit. sabar je la dik.

dan anak-anaklah paling happy sekali bila nampak abah dia orang datang. macam-macam nak cerita dan tak nak berenggang langsung. dah sebulan lebih tak jumpa. kalau tak sebab dia orang masuk hospital, abahnya cuma akan balik bulan 3.

Kak ngah dengan Azfar discaj around 4pm macam tu la. itu pun sebab tunggu Azfar masuk ubat pukul 12 tu. doc suruh stay semalam lagi untuk check on the kids. tapi malas nak berkampung lama-lama kat hospital. Kak Long pun kena sekolah jugak. tapi sesekali kenang, macam kelakar pulak la sekeluarga duduk hospital. hehehe...






my foot: bila balik rumah je, my sis pulak kena bawak babynya tu ke wad sebab kena jaundice. berganti-ganti kan? huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. ciannya sekali masuk rmi2..tapi bagus gak sbb tak yah pkr yg lain kat umh..tapi dah discaj semua alhamdulillah...

    jaga kesihatan ek..ibu pun sama kena jaga kesihatan ;)

    ReplyDelete
  2. Kesian budak2 bila tgk camnie...teringat pulak YM yg pnh berkampung sebulan kat spital..wooo..
    hanya Tuhan yg tahu....

    ReplyDelete
  3. yeay... azfar dah blh balik.. bkn main ceria muka dia nak balik yer... yelakan azfar.. duk hospital asyik kene cucuk je... :-)

    ReplyDelete
  4. Susah hati kmita klu anak2 jatuh sakitkan.Ayahnya pulak jauh,sibbek dpt pulang awal..sekurang2nya reda sakit mereka.
    Cam adik atie lar...anaknya sakit,habih semua tido kat hospital.hihi

    ReplyDelete
  5. comelnye si azfar ni, rasa nak culik bawa balik bagi kawan ngan aleesya je hehehe.

    Smg cpt sembuh ye azfar dan kak ngah.

    ReplyDelete
  6. cian.kecik2 dh masuk hospital.jg dri eh..moga cpt sembuh..uhuk..comel anak2 sis

    ReplyDelete
  7. la sedihnya, tapi masuk ramai-ramai, ermm, ni cabaran kan, takper yang penting dah discharge ok, harap semuanya ok yea..

    ReplyDelete
  8. kesiannya..ceria je muka dia...

    ReplyDelete
  9. mudahan urusan dimudahkan ye apa jua situasi kena hadapi....
    insyaallah..

    ReplyDelete
  10. alahai kesiannya kat diorg ni....sakit tu kalau cucuk kat sendi...hope diorg cepat2 sembuh ye...tgk azfar mcm dah ok sikit

    ReplyDelete
  11. alorhai....siannya..
    aunty lama tak masuk sini..
    busy skit lately nk bw...
    harap semua dh ok by now..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign