Fresh from the owner...

25 February 2012

Bulan Februari untuk Kak Long - Part 1.

entri bercerita.




ini kan bulan kelahiran Kak Long. jadik mahu bercerita pada Kak Long tentang perjalanannya sehingga kini. Kak Long lahir tak cukup bulan dengan berat hanyalah 1.97kg. kecik je dan kelahiran Kak Long tak bersambut. plannya untuk bersalinkan Kak Long kat private hospital. pagi Ahad 17hb tu, ibu ni tengah packing barang-barang bila terasa ada air mengalir. first time memang tak tahu apa. encik suami bagi tahu MIL. MIL cakap air ketuban dah pecah tu. ikutkan esoknya Kak Long patut kena check up. ketuban pecah tapi tak rasa sakit. still boleh makan-makan sebab kena paksa. takut bersalin jugak nanti tak ada energy.

dibawa ibu ni ke Hospital Dungun. check dan buat CTG. doc kata dah ada jalan 2cm. itu pukul 10am. kemudian diberikan suntikan untuk matangkan paru-paru baby. okay... memang sakit. tapi sebab baby, tahankan saja la. ibu ni dimasukkan ke dalam wad sementara menunggu ambulans datang untuk hantar ke HSNZ, Kuala Terengganu. Hospital Dungun tak ada pakar untuk sambut premature baby. dalam wad pun still boleh makan. ada contraction tapi tak teruk mana. aku sempat tengok this young lady dok ke hulur hilir tahan sakit. orang sebelah aku cakap daripada pagi bukaannya baru 5cm.

pukul 12 lebih, ambulans datang dan bawak ibu ke HSNZ. abah dah ada kat depan dengan driver. merasa naik ambulans kali pertama. kali ni contraction baru rasa dalam 15 minit sekali. still boleh tahan. bung bang bung bang... menunggu doc makan dengan patients yang ramai gila tu dah hampir 2.30pm. okay contraction kerap sikit. even masa ibu ditolak ke labour room, nurses yang ada kat situ siap sound: "Senyum je ni. Tak ada gaya macam orang nak sakit bersalin pun." hahaha... kena menangis ke? tak faham... tak faham. ^_^

masuk dalam labour room, buat CTG lagi. dan ibu tanya abah  boleh masuk ke? dia orang cakap boleh. sempat tengok doc pelatih kena marah. dan bila bukaan dah 7cm, doc tu kata kalau rasa nak push, push je. masa tu memang dah start sakit gila-gila. dia orang panggil abah masuk. first time rasa sakit tu memang mengalir jugak la airmata. masa dah sakit sangat tu la nurse kata hold dulu tapi dah baby nak keluar nak buat macam mana kan? keluarnya Kak Long, nurse tak sempat sambut. jatuh atas bed. abah kata abah nampak semua tu. nurse tu kata la: "Kan saya kata tahan." apa la... ingat ni macam makan nasi ke. boleh tahan dengan tak. tapi Kak Long okay. doc kata paru-paru dah matang. cuma kecik je la. tapi tetap kena hantar ke SCN.

ibu tidur dalam wad tanpa Kak Long. dan ibu jumpa young lady yang ibu nampak dekat Hospital Dungun tu. pukul 7 lebih dia masuk wad. dihantar ke HSNZ sebab bukaannya tetap 5cm. ibu bersalinkan Kak Long dulu berbanding dia. dan bersalinkan Kak Long sebenarnya mudah je. tak lama mana pun. pukul 2.30 tu masuk labour room, 3.06pm Kak Long lahir. alhamdulillah.





my foot: Kak Long duduk dalam SCN cuma sehari je. petang esoknya kita dah boleh balik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. uish nurse x redi... bahaya la.. ngeri dgr. hu3
    smoga kak long jadi anak yg soleh... kesihatan yg baek.. & ceria sellau.. aminnnnnnn :)
    slamat hari jadi kak long :)

    ReplyDelete
  2. Pelik ah kenapa nurse tak faham yg benda2 ni mana bleh hold. Kalau dia cirit birit boleh tahan ke? Takleh jugak kan? Comelnya kaklong masa lahir. Muka dia perfect.

    ReplyDelete
  3. alahaii blh pulak suruh tahan2 yer.. mana blh tahan kan..

    ReplyDelete
  4. setalat ni 2 kali bersalin.. alhamdulillah semuanya senang dan mudah je...

    ReplyDelete
  5. ada ke pulak boleh tahan2 baby nak keluar..issh! tapi kak long comel sangat2 la!!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign