Fresh from the owner...

27 February 2012

Bulan Februari untuk Kak Long - Finale.



Kak Long lepas keluar wad, beratnya turun. dia tak pandai nak hisap susu. nurses pun tak ajar. so, first time mother yang tak ada experience memang akan alami masalah. itu yang buat rasa putus asa je nak breastfeedkan baby sendiri. tapi dia still menyusu badan tapi melalui botol. itu pun sebab susu banyak. pam je dan bagi dia minum melalui botol.

bila Kak Long kena jaundice memang risau lebih. satu sebab dia premature. kedua sebab dai tak direct breastfeeding. macam mana la nak baik sakitnya tu. alhamdulillah... jaundicenya tak tinggi. cuma kena pantau sebab kelahiran dia tu tak cukup bulan. 3 hari je berkampung kat wad dah boleh keluar. itupun ibu gigih pam susu untuk bagi Kak Long minum.

bila balik rumah my dad, my sis ajar macam mana nak breastfeedkan baby. dia kata cuba je sampai boleh. lepas dua bulan baru Kak Long boleh direct breastfeeding. alhamdulillah. lega sangat rasanya walaupun ada dugaan lain yang menunggu. Kak Long cuma direct breastfeeding pada satu breast je, the other one dia tak nak. siap paksa. tetap tak nak. tak tahu kenapa.

kesannya dah tentu la pada ibu. bengkak susu. macam-macam cara dah guna. petua ni ikut, petua tu ikut. tapi bengkak susunya tak hilang jugak. sampai satu tahap demam. memag tak boleh bangun dan dia sangat baik. tak meragam langsung. aku tidur, dia tidur la. beangkak susu tak hilang jugak. ke klinik dapat ubat surutkan bengkak pun tak surut. ke government pun sama. tetap macam tu. yang paling best, doc tu suggested: "Kalau baby tak mahu hisap, mintak tolong husband." hahaha... mintak tolong husband ye? macam kelakar je doc ni. siap ibu ni pergi berurut lagi. tapi kejap je hilang. balik daripada berurut, demam semula.

memang dugaan untuk menyusukan Kak Long. disebabkan Kak Long still tak nak menyusu sebelah lagi dan sakitnya jangan cakaplah. Allah je tahu. even nak solat dan rukuk memang sakit tu boleh buat menangis. sakit tak tahu nak cakap macam mana. bila dah lama sangat, sebelah yang Kak Long tak nak hisap tu pecah sikit. ada luka. keluar isi sikit sebab dah bengkak sangat. ke KMC untuk check dan tanya pendapat pakar. doc suggested untuk operate. meaning, kena stop breastfeeding la. doc bagi ubat untuk hentikan susu.  Kak Long baru tiga bulan dan baru belajar hisap susu. dah nak kena berhenti ke?

ibu ni menangis macam apa entah. sedih gila bila doc cakap macam tu. doc perempuannya okay lagi. bila refer ke doc Abdul Aziz tu la dia cakap stopped breastfeed dan buat operation. adoiii... tak boleh nak memikir kejap. tension je rasa. tengok muka Kak Long lagi buat hati sedih gila-gila. abahnya cakap, tak payah makan la ubat tu. kita cuba cara lain. mana tahu nak jadi rezeki, boleh baik semula. dengar macam tu rasa tenang je.

tak tahu la idea siapa sebenarnya, abah carik gamat healin. siang malam letak dengan niat dan doa untuk penyembuhan. alhamdulillah, dalam masa dua minggu, luka tu tertutup. parutnya sampai sekarang ada. dan keadaan tu sampai bila-bila ibu kenang. tragik. tapi pengalaman tu berharga sangat. dan Kak Long berhenti menyusu masa umur 2 tahun 7 bulan. alhamdulillah.

terbaeekk!!!






my foot: ini untuk pengetahuan Kak Long bila besar. bukan mudah tapi ibu reda seadanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. alhamdulillah kak long berjaya mdpt susu ibu dalam tempoh yg lama, putih melepaknya kak long ni ye

    ReplyDelete
  2. Anak pertama...memang tak ada pengalamankan...nasib baik cik rose tak ada bengkak susu...

    ReplyDelete
  3. dtg sini mesti nk tgok anak akak..comel

    ReplyDelete
  4. Yang bengkak tu tak boleh pam ke? Aduhh dengar pun dpt bayang betapa sakitnya. Sedangkan kalau time period breast bengkak pun dah rasa sakit, ini plak kalo sampai luka. Tp[ syukurlah semuanya dapat diatasi kan? Untuk Kak Long, nnt kalo dah besar, kena jadi anak solehah tau.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...kak long dpt juga susu ibu sepenuhnya.... bengkak susu tu mmg sakit sampai boleh bawa ke demam mcm munna....

    ReplyDelete
  6. aduh pengalaman bengkak susu mmg skt kan?
    eB ms aerish warded nicu dolo g2 la... mmg mslh bb lahir x ckp bln nih... eB dok nanges ari2... hu3...
    so eB phm sgt... alhamdulillah drg membesar bagai johan & sentiasa ceria . :)

    ps: nk edit blog?
    boleh jerk. roger me yer? :)

    ReplyDelete
  7. besarnya tanggungjawab seorang ibu.... saya sayang ibu saya

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, beruntung kak long punya ibu yg sabar. Berjuang demi susu yg terbaek utk anak.. :D

    ReplyDelete
  9. Ya Allah Ya Tuhanku... takut pulak sy dgr sampai merekah.. adussss.. mesti skt yg amatkan...

    sy dulu alhamdulillah.. lps bersalin je, alisha scra sendirinya dh pandai minum susu... so, xdalh bgkak teruk sgt..

    pe2 pun alhamdulillah jugak kak anis xkne operate kan..

    ReplyDelete
  10. ema tgh berusaha nak lepaskan susu badan untuk aqeel...

    ReplyDelete
  11. bengkak susu sakit kan..wani pun kena gak dulu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign