Fresh from the owner...

20 February 2012

Bukan setakat Azfar, Kak Ngah pun masuk PICU jugak.

sambungan daripada cerita Azfar di PICU.


kena tanggal seluar baju


bila Azfar masuk PICU, aku angkut kakak-kakaknya jugak sebab tak ada orang yang nak jaga kan. dalam keadaan Kak Ngah yang demam panas jugak tu, aku bawak je ke hospital. dalam fikiran aku in case jadik apa-apa, senang. kalau tinggalkan dengan ayah aku, takut dia tak boleh nak handle.

 aku tahu macam mana kalau Kak Ngah demam. kat PICU, budak-budak meamng tak boleh masuk. dan peraturan hospital sekarang ni ketat sikit. budak-budak tak dibenarkan berlegar-legar kat kawasan hospital. tapi dah tak ada pilihan kan? 

aku tinggalkan Kak Long dengan Kak Ngah kat surau. bagi Kak Ngah tidur sementara doc nak interbiu aku ni la. doc la sibuk tanya itu ini. actually, docnya macam poyo sikit. daripada cara dia cakap aku tahu dia pandang rendah sikit la orang-orang macam aku ni. kiranya tak ada high education la. pada aku, dengan temperature 39 tu memang high. even doc dan MA daripada Hospital Pekan pun kata high.

tapi doc ni kata, jangan risau. semua budak demam. demam tu biasa. memang la semua budak demam. macam nak memperbodohkan aku je doc ni. mengenangkan ada Azfar kat situ je tak ada la aku nak fikir sangat perihal doc tu. kang aku sumpah jadik kerusi, saja je. hahaha... doc tu nanti boleh cerita.

tengah-tengah doc cakap tu la guard panggil kata anak menangis. aku berlari la tengok. Kak Ngah dengan temperature yang tinggi tu kena la sentakkan-sentakkan yang macam biasa dia kena tu la. the nurses inclusing doc masukkan dia dalam PICU jugak. bagi ubat dan ambik darah. okay... sekarang ni dua-dua dah ada dalam PICU. aku la yang terkejar-kejar nampaknya. huhuhu...

untuk masukkan ubat.





my foot: memang aku tak tidur langsung sebab terpaksa ke tiga tempat berbeza untuk checked on the kids. dan kisah kami la paling famous hari itu. hmmm...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. sabar ye, kuatkan semangat....insya Allah semuanya cepat sembuh.....

    ReplyDelete
  2. siannya anis..dugaan betullah... kalu sy kat tmpt anis mesti panik dibuatnya...

    sabar ye anis

    ReplyDelete
  3. siannya.. moga mereka cepat sembuh.. risau klu budak² demam.. :(

    ReplyDelete
  4. alahai siannya..dugaan sungguh...hope tabah hadapi semuanya..

    ReplyDelete
  5. Sedih bacanya kak..
    Moga cepat sembuh yer..
    Akak sabar ye.. ;)

    ReplyDelete
  6. semoga anak2 akak cepat sembuh, amin..

    ReplyDelete
  7. aduhai....dugaan betul semoga anak2 semuanya cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  8. OMG kak. how strong are u. itulah seorang emak kan? boleh buat cerpen pendek kisah akak ni.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign