Fresh from the owner...

03 February 2012

Bubur kacang durian.


entri tahun lepas yang ada dalam draft. ini masa aku di Johor. encik suami belikan duarian yang banyak untuk jamu anak-anak makan sebab dia tahu anak-anak suka durian jugak selain daripada buah limau. daripada empat lima durian yang dibelinya tu, aku cukai sebiji untuk buat bubur kacang.

aku rasa, bubur kacang aku ni lebih durian daripada kacang hijau tu. hahaha... pekat dan sedap. sendiri masak sendiri kata sedap la. kalau kat rumah ayah aku, tak semua orang suka makan bubur kacang letak durian. tapi aku, boleh je. sebat semuanya.

masak seperiuk kecil untuk makan aku dengan anak-anak. lupa nak offer encik suami. bubur kacang dah habis baru aku tanya dia ada makan ke tidak. hehehe... ingatkan dia ke dapur tu, dia ambil sendiri. rupanya tidak. kalau aku tak hidangkan, tak makan la dia (sebenarnya, encik suami tak tahu pun aku masak bubur kacang. opss...!!!). lagipun dia mana boleh makan manis-manis. bahaya.

anak-anak pun suka. bila tengok aku makan, dia orang pun nak jugak. Azfar pun sama. tu yang kita orang je habiskan tanpa tinggal sikit pun kat abahnya. huhuhu... abah pun bukan suka sangat bubur kacang tu. buat rasa je boleh la. tapi tak sempat rasa dah habis kan?







my foot: sedapnya durian. kalau buat serawa durian pun sedap. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Uishhhh!!!
    Terliur awok nengoknya.. ;D
    Take care dear & happy weekend.. ;)

    ReplyDelete
  2. haaa sy lah salah sorg yg xkan makan bubur kacang kalau ade durian.xtau la nape...kalau mak masak nk buh durian gak mesti asing siap2 semangkuk utk sy..special case..hihi

    ReplyDelete
  3. zaman kecik2 kalau tak habis makn... mak suka buat ais krim.. sedap sgt..hihi

    ReplyDelete
  4. sedapnya anis, ni cicah roti mmg sedap sgt lah kan...nyum2

    ReplyDelete
  5. wahhh..menarik ini ...i like duriannn

    ReplyDelete
  6. perghhhh sodap makan sejok2 ni...
    tp gee tak makan buah duriannya...amek rs2 yg melekat tu jek..hahaha

    ReplyDelete
  7. masak sendiri bole buat ikut citarasa sendiri kan, kalo suke doyan...letak doyan lebih. Kalo suke santan bole letak santan lebih. Hehe kat kedai ada?

    ReplyDelete
  8. roti cicah bubur ni sedap! akak suka kuah banyak isi skit.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign