Fresh from the owner...

29 February 2012

Beli Dugro dapat beg.

baru-baru ni masa shopping barang-barang anak, aku tengok Dugro ada buat promotion. beli susu dapat beg. kebetulan memang Kak Long dengan Kak Ngah minum Dugro coklat. susu Dugro ni susah nak dapat area sini. yang coklat la terutamanya. anak-anak aku tak minum susu putih tu. kalau ada tu memang bersyukur sangat la.

selalu yang ada pun untuk Kak Ngah je. Dugro 1-3 tahun. untuk Kak Long tak ada pun. dah dua tiga bulan macam tu. entah apa-apa la pasaraya ni. nak tak nak, aku gantikan susu Kak Long dengan Dutch Lady 456. perisa coklat jugak. nanti, ada plan nak tukar susu dia orang dengan susu jenama Ilham. insyaAllah. susu tu dah dibaca dengan ayat Al-Quran 30 juzuk. kat sini tak ada nampak pun orang jual. tapi mahal sikit la. sekotak tu lebih kurang RM48 kot. okay... dah mengarut. hehehe...

ini la hasil yang aku dapat bila beli susu Dugro untuk Kak Ngah tu:-




amcam? cantik tak? Chef Cilik tu. besar la jugak beg ni. boleh la nak bawak pergi pasar. beli barang-barang letak dalam ni. tak pun, hari sabtu beli barang kat pasaraya boleh la bawak. hari sabtu hari tanpa beg plastik. itu pun kalau aku ingat nak bawak. ngeee...







my foot: seronok mengumpul barang-barang free ni. saja nak buat koleksi. kadang-kadang tu benda alahnya pun biasa je. tapi suka kumpul jugak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. dugro selalu kasi hadiah best kan...

    ReplyDelete
  2. anak sy yg sulong pun minum susu dugro coklat.. aritu beli 4 pek dpt la 2 beg nih.. sng nk bawak gi pasarkan kak.. kt area sy nih sng plak nk dpt stok susu dugro coklat..

    ReplyDelete
  3. so, bag ni dpt kat sape :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign