Fresh from the owner...

28 February 2012

Azfar yang suka mengemas.


si hensem ni kalau duduk dalam walker memang akan 'mengemas'. sebenarnya dia bukan suka duduk dalam walker pun. 15 minit pertama tu okay la. lepas tu boleh dengar irama dia berdondang sayang minta diangkat keluar daripada walkernya tu. biasanya kalau time aku nak masak dan dia tak tidur lagi, aku akan letak dia dalam walker. walker tu pulak aku letak depan pintu. so, dia boleh la tengok ayam ke kucing ke yang ada kat luar. tapi itu pun tak mampu nak tarik minat dia. kejap je boleh duduknya.

dia lagi suka diletakkan kat atas lantai. senang dia nak merayap dan kutip segala macam benda kat bawah tu. kalau letak dia kat bawah tak boleh nak buat kerja lain la pulak sebab dok nak kena tengok dia je. budak seusia dia meamng tengah aktif dan suka mengutip. adoii la... jangankan kat ruang tamu dapur tu, kat dalam bilik pun dikucarkacirkan jugak. asal ada yang menarik perhatian dia, dia akan usahakan sampai dapat.

jom tengok aksi dia 'mengemas'.

mula-mula ambil pinggan.

mujur la pinggan plastik je.

opsss... jatuh!!! sengaja dijatuhkan.

dapat ambil yang lain. hahaha...

letak pinggan atas walker, ambil mainan pulak.


itu la Azfar. kadang-kadang aku bagi dia sudu plastik. nak suruh senyap. tapi kejap je la. bila dia dah start jatuhkan barang, maknanya dia memang tak nak main lagi la dengan benda alah tu. bagi biskut pun sama je. ada masa dia makan. ada masa dia campak je ke bawah. huhuhu...







my foot: kalau dengar je suara abah kat telefon senyumnya sampai ke telinga. cam suara abah ek?!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. anak-anak nak membesar..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya mengemas azfar ni. Kalau dia suka dgr abah dia, kena record suara abah dia nyanyi, then play bila dia nangis. Cuma takut mak dia la yg tak larat nak dgr. hihi.

    ReplyDelete
  3. hihihihi... dah pandai mengemas yer... mesi ringan keje ibu dia...

    ReplyDelete
  4. dah dpt kaki nnti lg hebat dia mengemassss..bersiap sedia jelah..

    ReplyDelete
  5. masa paling mencabar ialah bila anak start merangkak. dah kemas macam mana pun still xsenang nak lari ke dapo. last2 tunggu anak tido terus jadi superwoman berlari satu rumah siapkan segala kerja hihihihi

    ReplyDelete
  6. pandai mengemas yer azfar.. good boy nih.. tlg mama dia..hihii

    ReplyDelete
  7. comel je azfar tlg mama mengemas....hati2 ye syg, byk brg yg merbahaya tu.

    ReplyDelete
  8. lepas ni aie pulak. kalau ikut perangai kakak dia mmg mengutip la. smua benda pun masuk mulut terutama kabel atau wayar. aie ni belum tahu lagi, meniarap pun memelukan seribu semangat.

    azfar nak jadi chef la mama.

    ReplyDelete
  9. azfar rajin tlg mama dia mengemas hehehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign