Fresh from the owner...

16 February 2012

Azfar yang sakit.



macam-macam wayar ada.


dah dua hari tak online. sebabnya? aku menemankan anak-anak yang masuk PICU. ceritanya, Kak Ngah demam petang Isnin. panas badannya. minum air masak je. makan tak nak. susu pun tak nak. Azfar still aktif. aku dah feel sebenarnya. Azfar ni macam nak sakit je. tapi dia tak batuk pun. cuma kurang makan. nestum dia kalau aku buat sikit biasanya habis. tapi dah dua kali buat pun still tak habis. tu pun aku buat sikit je.

dan petang selasa tu jugak aku rasa kepala dia ada aura-aura panas. jadik aku aku dan standby tuala kecik dengan air untuk jerlun badan dia. malamnya dia tidur. sama jugak la dengan Kak Long dan Kak Ngah. dan biasanya anak-anak ni jenis demam malam. around 11pm Azfar bangun menangis. memang puas pujuk la. aku siapkan basah kepala dengan badan dia kat sinki. tapi dia still menangis dan suhunya cecah 39.5. memang tinggi dan panas.

masa aku baru nak sent sms kat my sis mintak my BIL hantarkan ke hospital, Azfar terkejut-kejut almost three times sebelum dia lembik dan macam nak tidur je. tapi dia merengek-rengek lagi. cuma dah tak pandang orang. kejadian tu berlaku dalam jangka masa 3 minit je. hati ibu ni jangan cakap la. bergegas je pergi hospital. tinggal kejap anak-anak lain dengan my dad. perjalanan ke hospital pun jauh je rasa. tapi bila aku baca doa, dalam kalut hati tetap rasa tenang. tak panik dan tak menangis.

sampai je ke ER kene tunggu pulak staff sebab tak ada orang kat kaunter. bawak masuk dalam bilik, doc bagi ubat dua kali sebelum dia suruh aku keluar. berdebar okay. mengenangkan Kak Ngah yang demam kat rumah lagi. tapi lama dia orang handle Azfar. aku dengar dia menangis dalam tempoh 45 minit tu ada la dua tiga kali je. lepas tu senyap je.

Azfar kenapa ye?






my foot: memang risau sangat. tambahan bila kita hadapi seorang je benda ni. abahnya tak ada. tapi entah datang daripada mana rasa tabah tu aku pun tak tahu. Allah Maha Berkuasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Sabar yea,harap awak terus bertabah, sedih pulak nengok gambar azfar macam tu..

    ReplyDelete
  2. azfar kenapa sbnrnya.. kalau anak² sakit ni memang risaukan.. moga salya kuatkan semangat yer...

    ReplyDelete
  3. allahuakbar, siannya azfar...kami doakan moga azfar segera sihat ye, tak boleh tgk keadaan anak2 mcm ni anis, siannya azfar...

    anis sabar ye, insya allah azfar akan segera sembuh...skrg ni mcm2 virus kan, jangan lupe update perkembangan terkini azfar nnati ye...

    ReplyDelete
  4. ooohhh why azfar why, sayu hati kita tgk kak, byknya wayar tuuu. walaupun badannya tough, ttp sedih bila tgk baby sakit mcm ni.

    ReplyDelete
  5. ya allah..semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. Ya Allah terkejut buka2 blog terus tgk gambar azfar..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah kak!
    Semalam seharian x dpt nak BW..
    Hari ni baru pulun..
    Baru tau pasal ni..
    Ina doakan dari jauh yer kak..
    Mudah2an Allah swt permudahkan segalanya..
    AmiN!!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign