Fresh from the owner...

04 February 2012

Anak ayam warna-warni.

pic ambik kat FB


masa aku kecik-kecik dulu, memang ramai orang jual anak-anak ayam macam ni. excited tengok. teringin la nak bela barang seekor dua. aku pun tak ingat berapa dia orang jual seekor anak ayam ni. tapi sekarang ni dah tak nampak lagi dah orang jualnya.

masa tu aku dapat la dalam lima ekor kot kalau tak silap. macam-macam warna ada. meamng seronok. budak-budak. kita ingat ayam tu memang warna macam tu pun. rupanya tak. bila dah besar, warna asal dia yang keluar semula. warna putih je sebab ayam daging kan?!

dalam banyak-banyak anak ayam tu, cuma seekor je yang tinggal. warna pink. yang lain tak selamat. ada yang mati kena makan tikus. ada yang mati sebab memang dia nak mati dah. tapi bila satu demi satu yang mati, sedih jugak la. anak-anak ayam ni sangat fragile. bukan mudah nak jaga.

yang seekor hidup tu pun mereng-mereng kepalanya. hehehe... aku rasa dia terlanggar pintu kot. sebab lepas eksiden tu, dia dok nak mengejar orang je kerjanya. tapi ayam tu jinak. ke mana je aku pergi, dia akan ikut. ayah aku pernah nak sembelih ayam tu tapi aku tak bagi sebab dia jinak sangat. dah la tu, aku pulak yang belanya. duduknya pun seekor je dalam reban. tak mahu nak join ayam-ayam lain.

tapi bila dah lama-lama, dia pun dah cukup hayat sebagai ayam, nak tak nak kena sembelih jugak. sampai sekarang aku boleh ingat macam mana dia dok mengkor aku pergi. alahai, ayam. dah bertahun-tahun pun still teringat kat ayam seekor tu. huhuhu...







my foot: orang bela kucing tapi aku bela ayam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. eh.. sy xpnh jumpa lk ayam ni.. ingat ke aym mainan td..hihi

    ReplyDelete
  2. hahahaha ni ade smpai bwk tido x?hihi

    ReplyDelete
  3. A'ah la, suke tgk anak2 ayam yang kaler2 tuh...cute sgt!suke kaler pink gak...hehhe

    ReplyDelete
  4. Alahai comelnya lah!! Dapat Kat budak2 habislah ;)

    ReplyDelete
  5. tringat arwah abah dolo, suker bela ayam. camtuh gaks la eB.
    maklom, kecik2.
    suker sgt, pilih sumer kolor,
    tup2 bsr skit. jadik puteh. hik3

    ReplyDelete
  6. aduyai...comelnye...mcm gula2 pun ada

    ReplyDelete
  7. wah! perst time tengok ayam warna-warni .. eh, kalo dah besar, dia jadik kaler camtu gak ke?

    ReplyDelete
  8. cute la! tak penah jumpa anak ayam colourful gini.

    ReplyDelete
  9. rindunya.. nak membeli ayam macam ni... tapi kat perumahan tak digalakkan bela ayam..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign