Fresh from the owner...

12 February 2012

Aman Malaysia.

Jumaat lepas, masa aku tengah nak rushing beli barang bagai, aku kena tahan dengan sorang budak perempuan ni. manis je orangnya. aku ingatkan dia pekerja supermarket sebab baju yang dia pakai sama warna je dengan baju pekerja supermarket tu. hahaha... sorry dik!!!

daripada jauh dia senyum. dalam hati tertanya-tanya jugak aku kenal ke dengan budak ni. dia tahan aku. tengah blurblur tu dia tanya tahu tak apa itu Aman Malaysia. pernah dengar tak? aku cakap la tak. sebab memang tak pernah dengar pun. dia pun bercerita yang dia ni pelajar IPTA (UTM to be specific) dan sekarang ni berada dalam badan NGO. budak-budak IPTA seluruh Malaysia berkumpul untuk satu misi. dia orang tak kenal satu sama lain.

katanya, dia orang nak tanya apa permasalahan rakyat bawahan ni. bila dah dapat, dia orang nak buat usul dan tempat terakhir usul tu adalah PM kita la. setiap tempat dia orang pergi. jelajah satu Malaysia. wah... terbaik!!! apasal zaman aku belajar dulu tak ada benda alah ni? kalau tak boleh pergi jalan-jalan. hahaha... macam la aku ni rajin sangat nak ikuti aktiviti yang dok memanggil 24/7. nak attend meeting pun kadang-kadang malas, ada hati nak join badan amal. 

kelas malam pun kadang-kadang liat nak pergi sebab dah selesa baring-baring kat rumah. aku tak prepare nak jawab apa sebenarnya. tapi aku jawab seadanya sebab aku pun kejar masa. ada dua tiga tempat nak pergi sebelum ambil Kak Long daripada sekolah. lepas dia tutup sesi soal jawab (dia kata dua minit je. tapi lebih apa. ceh... tipu la.), aku cabut la. polis trafik ada merata-rata sebab dok jaga budak-budak IPTA yang ramai ni.

tapi sebelum aku cabut, dia sempat bagi cenderahati. ini la benda alahnya:


ini badge yang dia bagi dan aku sematkan kat tudung Kak Ngah. terlebih excited pulak Kak Ngah bila ada benda ni kat tudung dia. hahaha... terima kasih la dik ye. harap-harap apa yang nak diusahakan tu berjaya la.







my foot: aku sudah dapat anak buah baru pagi tadi. dok meneka baby apa la yang my sis ni akan dapat sebab doc kata lelaki. hahaha... perempuan rupa-rupanya. macam yang my sis nak. alhamdulillah dan tahniah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. sy pun xpnh tau jugak pasal ni.. tp mcm bagus gak gini kan..

    ReplyDelete
  2. wahh bagus gak usaha yg budak2 ni buat kan...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign