Fresh from the owner...

17 January 2012

Tinggi imaginasi budak-budak ni.



semalam bawak budak dua beradik ni ikut aku hantar kulit popia kat regular customer my sis. biasa kakak aku tu la yang hantar. tapi semalam dia sakit perut. aku kesian kat dia, aku la yang tolong hantarkan. naik motor je ye. tak adanya nak bawak-bawak kereta ni. 

biasa Kak Long akan duduk kat belakang. kalau aku hantar dia ke sekolah pun dia duduk belakang dan Kak Ngah kat depan. tapi semalam, dia cakap tak nampak apa-apa kat belakang. memang la. dia kecik je. aku tanya dia nak duduk depan ke?

jadik, dia duduk depan dengan Kak Ngah. memang nampak jelas apa ada kat depan dengan angin sejuk lagi. tiba-tiba aku dnegar dia cakap kat Kak Ngah: "Tu kambing dengan rusa!" tangan tunjuk kat atas. "Dia ikut kita la." dia orang dua beradik ni dok pandang ke atas.

okay... dia orang tunjuk awan yang terbentuk. awan tu ada dua part. tapi aku tak nampak pun bentuk kambing or rusa. imaginisi budak-budak kan? boleh pulak dua beradik tu kata kambing dengan rusa. berimaginasilah. takkan ada siapa yang boleh halang. itu tandanya kamu dan kamu ni bijak. hehehe...








my foot: aku pun selalu je berimaginasi. kadang-kadang crack pada batu pun boleh nampak macam bentuk orang la... haiwan la. macam-macam. encik suami pun macam tu. kami satu family memang suka berimaginasi ye. hik3...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. hehe..qema selalu tgk bayang2 kak, kadang tgk bayang pokok nampak cam lembaga haha tu imaginasi penakut namanya kan.

    ReplyDelete
  2. hihi berimaginasi ni bagus sbnarnya.. :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign