Fresh from the owner...

08 January 2012

Tidur atas meja memang sedap!!!



kawan aku masa sekolah menengah dulu upload pics masa kita orang sama-sama terlibat dengan sukan bola jaring dan jugak bola baling kat FB. picsnya blur sebab dia snap guna handphone. kalau scan mesti jelas ketara muka setiap orang.

masing-masing mula la imbau kenangan silam tu. especially team netball la. banyak jugak kenangannya. salah satu masa kami main kat Sekolah Menengah Chini. disebabkan perjalanan awalnya esok pagi, kami diarahkan tidur kat sana. nak bertolak awal-awal pagi takut tak sempat. sekolahnya jauh jugak.

nak dijadikan cerita, macam-macam jugak la yang kita orang dengar pasal sekolah tu. tempatnya keras la apa la. siap cikgu pengiring pesan, kalau nak ke tandas jangan pergi sorang-sorang. sebab apa? jangan tanya. tapi ada jugak la yang nak pergi toilet time Maghrib. balik je daripada toilet ada la sorang ni bagitahu, on the way balik ke tempat yang kami duduk ni, dia macam terpijak selut (aku rasa tak ada selut sebab tanah kering je). tercabut la seliparnya.

apa yang jadik kemusykilan tu, dia cari selipar dia dah tak jumpa. puas mencari memang tak ada. last-last dia balik je ke tempat penginapan kami tu dengan sorang lagi kawan tanpa selipar yang sebelah lagi. awal-awal dah kena usik. dan bilik penginapan kami tu sebenarnya kelas. zaman tu tak ada hostel. jadik, susun atur meja dan kami tidur atas meja je la ramai-ramai. kelakar ada, seronok ada, takut pun ada.

dok tengok je ke tingkap kot-kot ada 'yang' tumpang lalu. huhuhu... tapi bila mata pejam je, terus tak sedar apa. takut hantu la sangat. tapi memang sekolah tu memang keras sikit sebab dah ada pesanan penaja sebelum sampai lagi. tapi alhamdulillah, tak ada la pulak aku kena sakat ke apa ke. yang kena tu memang tak berapa nak bernasib baik la.







my foot: budak-budak sekarang tak merasa apa yang aku dengan teammates aku lalui dulu. best jugak kalau kenang-kenang semula.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. hissss...seram la pulak bacanya malam2 mcm ni...

    nak gi beradu laa..dah sorang semua dah masuk tido...selamat malam yee...

    ReplyDelete
  2. seram pula..sellau banyak cerita seram kat sekolah lebih2 lagi di asrama

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign